Mahal beli Mentega? Ini cara mudah buat Mentega sendiri di rumah dengan satu bahan sahaja!

Kenapa bayar lebih kalau anda boleh hasilkan mentega sendiri di rumah dengan hanya satu bahan rahsia ini?

Baca resepi dibawah untuk ketahui cara mudah buat mentega homemade yang pasti memukau seluruh keluarga anda!

cara mudah buat Mentega sendiri di rumah dengan satu bahan sahaja!

Mahal beli Mentega? Ini cara mudah buat Mentega sendiri di rumah dengan satu bahan sahaja!

 

Adakah anda sering menghadapi masalah membeli mentega kerana harganya yang mahal? Bagi yang gemar menikmati mentega dengan roti atau menggunakannya sebagai asas dalam masakan, kos yang tinggi boleh menjadi isu. Namun, tahukah anda bahawa anda boleh membuat mentega sendiri di rumah menggunakan hanya satu bahan asas sahaja? Dengan ini, anda boleh berjimat dan menikmati mentega buatan sendiri yang segar.

Ikuti perkongsian dari Rapidah Ramli mengenai cara mudah untuk membuat mentega di rumah anda.

Bahan-Bahan:
250ml Whipped cream / Thickened cream / Heavy Cream (pastikan kotak ada tertulis “contains 35% milk fat”)
Mesin pengadun
Air sejuk berserta ais
Garam (pilihan, untuk rasa tambahan)

Cara Penyediaan:

  • Pukul Whipped Cream:

Gunakan mesin pengadun untuk memukul whipped cream pada tiga tahap kelajuan: mula dengan kelajuan rendah, kemudian sederhana dan akhir sekali kelajuan tinggi. Pukul hingga susu terpisah daripada air.

  • Pisahkan Susu dan Air:

Setelah susu dan air terpisah, tapis airnya tetapi jangan buang. Air ini adalah susu rendah lemak yang boleh digunakan untuk tujuan lain.

  • Basuh Mentega:

Masukkan air sejuk berais ke dalam adunan mentega dan kacau hingga mentega menjadi kental dan bulat. Ulang langkah ini dua hingga tiga kali sehingga air yang dituang hampir jernih.
Prosesnya adalah seperti berikut: letakkan air ais, kacau, buang. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga air menjadi hampir jernih.

  • Penambahan Garam (Pilihan):

Setelah proses mencuci selesai, anda boleh menambah garam atau apa sahaja bahan perasa mengikut citarasa anda.

 

Selamat Mencuba! Sekarang, anda boleh menikmati mentega buatan sendiri yang murah dan segar. Selamat mencuba resipi ini di rumah dan rasai perbezaannya!

 

Sumber: malaysiadateline

 

Baca Resepi Lain:

Leave a Comment