Cara Mohon Bantuan Geran Pelancaran (GP)

Pelajari tentang Geran Pelancaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak yang membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup. Maklumat lengkap mengenai syarat kelayakan, cara memohon dan dokumen yang diperlukan. Hubungi kami untuk bantuan lanjut.

Baca Juga : INFO BANTUAN MYKASIH 2024

BANTUAN GERAN PELANCARAN SARAWAK

GERAN PELANCARAN

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Geran Pelancaran adalah inisiatif yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak yang bertujuan untuk membantu kumpulan sasar yang terdiri daripada penerima bantuan kewangan, Ahli Isi Rumah (AIR), dan bekas pelatih institusi Kebajikan Masyarakat yang masih aktif dan produktif untuk meningkatkan pendapatan isi rumah, memperbaiki keadaan ekonomi, dan meningkatkan taraf hidup. 

Bantuan ini diberikan sekali seumur hidup dalam bentuk peralatan perniagaan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan:
  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak-anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Dokumen lain yang relevan.
Cara Memohon:

Anda boleh memohon secara online melalui ‘iSarawakCare‘; atau menghantar borang permohonan secara manual ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarawak dan pejabat daerah di seluruh negeri.

Kriteria Kelayakan:
  • Warganegara dan penduduk di Malaysia;
  • Kumpulan sasaran JKM (Penerima Bantuan Kewangan, bekas pelatih institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penerima bantuan kebajikan Ahli Isi Rumah (AIR)).
Dokumen Sokongan:

Pastikan semua dokumen sokongan yang diperlukan telah disediakan.
Pastikan dokumen sokongan yang diperlukan adalah sah dan jelas.

Tiada Caj Dikenakan

Pertanyaan:

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami melalui saluran berikut:

  • Nombor telefon ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat +6082-449577/444139 atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat pada waktu pejabat; atau
  • Untuk semakan status permohonan, sila log masuk ke akaun iSarawakCare anda untuk menyemak status permohonan yang telah dibuat.

Baca Juga : Maklumat Penting Pencen 2024

Leave a Comment