Cara keluarkan duit ASB. Lakukan pengeluaran duit ASB anda dengan mudah secara online melalui myASNB. Ikuti panduan lengkap kami untuk transaksi selamat, limit pengeluaran dinaikkan ke RM2000. Baca langkah-langkah disini!
CARA KELUARKAN DUIT ASB
Sekarang, tiada lagi perlu untuk beratur panjang atau menunggu giliran untuk melakukan pengeluaran duit ASB. Anda dapat melakukan pengeluaran secara atas talian melalui platform myASNB dalam masa beberapa minit sahaja dan urusan anda akan selesai!
Dana ASB kini boleh dikeluarkan secara ONLINE menerusi portal myASNB. Mari kami bimbing anda cara-cara untuk keluarkan duit ASB anda, baik secara online mahupun di kaunter, disertai dengan limit pengeluaran untuk setiap akaun.
Pengeluaran myASNB Secara Atas Talian
Kemudahan ini diperkenalkan selaras dengan saranan kerajaan agar institusi kewangan memperkenalkan kemudahan transaksi digital, juga untuk memenuhi keperluan pemegang unit yang mengharapkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka. Pemegang unit disarankan untuk memanfaatkan kemudahan ini dengan berhemah dan hanya melakukan pengeluaran apabila benar-benar perlu.
Investasi dalam unit amanah sepatutnya untuk jangka waktu menengah hingga panjang, supaya duit yang dilabur dapat memanfaat daripada kuasa penggandaan faedah dan berkembang.
Bagi yang belum mendaftar akaun ASB, anda juga dapat membuka akaun secara online!
Baca juga : Tarikh Pembayaran Gaji Ogos 2024
Cara Pengeluaran Dana ASB Secara Atas Talian
Untuk melakukan pengeluaran ASB secara atas talian, pastikan anda sudah mempunyai akaun myASNB. Jika belum, daftarkan diri anda terlebih dahulu. Sila lihat panduan pendaftaran di sini: MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen.
Bagi yang sudah mempunyai akaun, ikuti panduan pengeluaran (jualan balik) ASB berikut:
- Log masuk ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di https://www.asnb.com.my.
- Pilih “Portfolio”, kemudian pilih dana yang ingin dikeluarkan.
- Klik “Transaksi” dan pilih “Jualan Balik”.
- Pilih “Seterusnya”, kemudian isi maklumat bank yang telah didaftar dalam portal dan lakukan pengesahan untuk pengeluaran.
- Dana akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda dalam satu hari bekerja.
Setelah itu, anda boleh login ke perbankan online untuk memeriksa wang yang telah dipindahkan dari ASB.
Limit Pengeluaran ASB (2024)
Limit pengeluaran melalui myASNB telah dinaikkan menjadi RM2,000 sebulan untuk memberikan lebih fleksibiliti. Perubahan ini sudah tersedia di portal myASNB dan akan bermula di aplikasi myASNB pada 3 Mac 2022.
Limit Minimum & Maksimum Pengeluaran ASB Secara Atas Talian Setiap Bulan:
- Limit MINIMUM jualan balik secara online adalah RM100.
- Limit MAKSIMUM pengeluaran secara atas talian adalah RM2000 sebulan untuk setiap akaun unit amanah ASNB.
Tidak ada limit jualan balik jika transaksi dilakukan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.
Tempoh Transfer Dana ASB Masuk Bank
Apabila anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, maknanya permohonan pengeluaran anda telah diterima oleh ASNB untuk diproses. Wang hasil jualan balik akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.
Jika terdapat kelewatan, mungkin disebabkan oleh:
- Maklumat bank yang tidak sah atau tidak tepat.
- Menggunakan akaun yang tidak dibenarkan.
- Perbezaan maklumat peribadi di ASNB dengan rekod bank.
- Akaun bank tidak aktif atau tidak wujud.
Pastikan maklumat bank yang diberikan tepat untuk mengelakkan kelewatan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila rujuk FAQ berkaitan Pengeluaran / Jualan Balik unit myASNB di https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php
Maklumat Lanjut
- Facebook: Amanah Saham Nasional Berhad
- Hotline ASNB: 03-7730 8899
Jangan tunggu lagi, sebarkan berita ini segera. Ramai yang belum mengetahui!
BACA ARTIKEL LAIN
BANTUAN PENDIDIKAN LUAR NEGARA