Penat menunggu lama untuk rawatan gigi di Klinik Kerajaan? Ini cara paling mudah dan cepat untuk tempah temujanji pergigian hanya dengan aplikasi MySejahtera! Jom ketahui langkah-langkahnya sekarang dan nikmati rawatan murah tanpa masalah menunggu
Untuk pertama kali yang ingin mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kerajaan untuk pemeriksaan gigi, anda boleh mengikuti panduan ini untuk membuat temujanji klinik gigi kerajaan secara online menggunakan aplikasi MySejahtera.
Cara Buat Temujanji Gigi di Klinik Kerajaan
Seperti yang kita semua sedia maklum, MySejahtera telah diperkenalkan sejak pandemik Covid-19 pada tahun 2019 di seluruh dunia termasuk Malaysia. Aplikasi ini pada asalnya bertujuan untuk mengesan kontak rapat dan mengekang penyebaran Covid-19.
Kini, walaupun virus tersebut tidak lagi wujud, MySejahtera masih digunakan untuk pelbagai urusan yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuklah bagi membuat temujanji di klinik gigi kerajaan.
Kepentingan Membuat Temujanji di Klinik Gigi Kerajaan
Antara rawatan biasa yang dilakukan di klinik gigi adalah seperti penskalaan (scaling), cabutan gigi, dan tampalan gigi. Walaupun anda boleh mendapatkan rawatan ini di klinik swasta, harganya adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, penskalaan di klinik swasta berharga sekitar RM80 hingga RM150, manakala di klinik kerajaan hanya RM2 sahaja.
Adakah Perlu Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan?
Klinik Kesihatan Kerajaan kini sering sesak dengan pesakit. Oleh itu, jika anda walk-in, anda mungkin perlu menunggu lama, terutamanya pada waktu puncak. Penyelesaian terbaik untuk mengelakkan menunggu terlalu lama adalah dengan membuat temujanji terlebih dahulu.
Namun begitu, ada juga klinik pergigian kerajaan yang tidak terlalu sesak. Mereka mungkin membenarkan walk-in sahaja jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan pergigian di sana. Oleh itu, jika boleh, anda disarankan untuk mencuba walk-in terlebih dahulu. Jika tidak dibenarkan, barulah membuat temujanji menggunakan aplikasi MySejahtera secara online.
Penggunaan sistem Janji Temu untuk pemeriksaan kesihatan pergigian ini telah bermula sejak Mei 2023 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan. Walau bagaimanapun, kaedah ‘walk-in’ di klinik kesihatan pergigian kerajaan masih diteruskan.
Harga Rawatan Gigi di Klinik Kerajaan
Berikut adalah senarai rawatan pergigian yang ditawarkan di Klinik Kesihatan Pergigian Kerajaan beserta harga yang ditetapkan. Sudah pastinya lebih murah berbanding rawatan di klinik swasta.
Untuk harga penuh rawatan lain seperti gigi palsu, cabutan surgikal, braces dan sebagainya, anda boleh rujuk portal rasmi KKM di sini.
Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Menggunakan MySejahtera
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat temujanji klinik gigi kerajaan menggunakan aplikasi MySejahtera:
- Log masuk ke akaun MySejahtera anda seperti biasa.
- Pada paparan utama, klik ‘Janji Temu’.
- Pilih nama anda untuk membuat janji temu.
- Skrol ke bahagian bawah untuk ‘Pemeriksaan Kesihatan Pergigian’.
- Akan dipaparkan lokasi Klinik Pergigian yang berhampiran dengan anda. Pilih mana yang sesuai atau buat pencarian di ruangan yang disediakan.
- Setelah menjumpai klinik yang berkaitan, pilih ‘Tarikh’ dan ‘Slot Masa’ yang tersedia.
- Jika sudah, klik ‘Sahkan’.
- Janji Temu Disahkan.
Nota Penting
Jangan lupa untuk membawa MyKad dan tunjuk kad janji temu MySejahtera anda di kaunter pendaftaran nanti. Anda disarankan untuk hadir 30 minit lebih awal sebelum masa temujanji. Sekiranya tidak dapat hadir, tempah semula janji temu tersebut.