Ini cara buat pengeluaran ASB Online dan ketahui had pengeluaran – Panduan lengkap disini!

Ini cara buat pengeluaran ASB Online dan ketahui had pengeluaran – Panduan lengkap disini! 

 

Pada 20 April 2020, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah memperkenalkan satu kemudahan terbaru iaitu perkhidmatan pengeluaran ASB secara online. Perkhidmatan ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih myASNB.

Ketahui berapa had pengeluaran dan cara untuk buat pengeluaran wang dari ASB di waktu.ai!

Baca juga : Ini cara untuk semak No PERKESO dan cara tuntut SOCSO – Semak sekarang!

 

ASB

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

 

Pengenalan Pengeluaran ASB Online

 

Kemudahan pengeluaran ASB secara online memungkinkan pemegang unit untuk menarik pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB (kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2) melalui portal dan aplikasi myASNB.

Dana akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.

Kemudahan ini disediakan secara PERCUMA dan diperkenalkan selaras dengan arahan kerajaan untuk institusi kewangan memperkenalkan urus niaga digital, serta memenuhi permintaan pemegang unit yang menginginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

 

 

Kadar Had Pengeluaran ASB Online

 

a) Untuk Pengeluaran Secara Online: Had minimum penjualan semula adalah 100 unit, manakala had maksimum penjualan semula yang ditetapkan adalah 2,000 unit setiap bulan kalendar bagi semua unit amanah ASNB.

 

Berikut adalah contoh urusniaga jualan balik yang terkumpul dalam talian pada bulan Jun:

 

TarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Jualan Balik yang dibenarkan bulan FebruariStatus Urus Niaga
4/6ASBRM 1,000.00RM 1,000.00Berjaya
17/6ASB 3 DidikRM 1,000.00RM 1,000.00Berjaya
25/6ASNRM 500.00RM 0.00Tidak berjaya

 

Contoh urusniaga jualan balik unit ASB secara online

Transaksi pada 25 Jun tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum RM 2,000,000 bagi bulan Jun.

 

b) Untuk Pengeluaran Secara Manual (di Kaunter): Tiada had penjualan semula jika urus niaga dilakukan di kaunter cawangan atau ejen ASNB (bank).

 

Panduan Membuat Pengeluaran ASB Online

 

Untuk melakukan pengeluaran ASB secara online, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Daftar sebagai Pengguna myASNB

    Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon perlu melakukannya terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB (contohnya, pejabat pos).

    Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini. Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB di www.myASNB.com.my. Sila bawa kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

 

  1. Log Masuk

    Log masuk ke akaun myASNB anda melalui laman web atau aplikasi myASNB di telefon bimbit.


    ASB
  2.  Semak dahulu Maklumat Bank

    Masukkan maklumat perbankan untuk pemindahan wang dari ASB. Pastikan maklumat bank anda betul. Anda boleh menyemak maklumat akaun bank anda dengan pergi ke ‘Tetapan’ (simbol ⚙️), pilih ‘Maklumat Akaun Bank’, klik ‘Nama Bank’ dan pilih bank anda.

    Kemudian, isikan nombor akaun bank anda dan tekan ‘Pasti’ jika semua maklumat yang diisi telah disemak betul. Anda akan terima notifikasi melalui aplikasi ASB untuk verifikasi dan tekan ‘Confirm’. Setelah itu, paparan ‘Transaksi diluluskan’ akan keluar menandakan maklumat akaun bank anda telah pun dikemaskini.


    ASB
  3. Pilih ‘Pengeluaran’

    Di halaman utama aplikasi myASNB, pilih ‘Lagi’ dan klik pada ‘Pengeluaran’. 

    ASBSumber : Tiktok Imran Wafi (@imrnwfi)

     

  4. Pilih ‘Amanah Saham Bumiputera’

    Pilih ‘Amanah Saham Bumiputera’ dan masukkan amaun yang anda ingin keluarkan. Setelah itu, sesudah anda yakin dengan amaun yang dipilih, tekan ‘Pasti’ untuk sahkan pengeluaran. 

    ASBSumber : Tiktok Imran Wafi (@imrnwfi)

    ASBSumber : Tiktok Imran Wafi (@imrnwfi)

     

  5. Sahkan melalui notifikasi

    Notifikasi melalui aplikasi akan keluar setelah anda tekan ‘Pasti’ dan tekan ‘Confirm’ untuk teruskan proses pengeluaran. Paparan ‘Transaksi diluluskan’ akan keluar setelah itu. Selesai.

    Jika lulus, anda akan terima wang pengeluaran dalam masa 3 hari bekerja. 

Sumber : Tiktok Imran Wafi (@imrnwfi)

 

Berikut adalah notifikasi yang akan diterima selepas berjaya melakukan ‘Pengeluaran’ atau pengeluaran ASB secara dalam talian.

Baca juga : Cara Daftar Akaun KWSP : Panduan daftar online dengan mudah!

 

Waktu Urusniaga ASNB

 

Waktu urus niaga untuk perkhidmatan pengeluaran ASB secara online adalah sama seperti waktu urus niaga yang sedia ada di myASNB.

Waktu urus niaga adalah seperti berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin hingga Ahad, 7.00 pagi hingga 6.00 petang, waktu tempatan.
  • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin hingga Ahad, 7.00 pagi hingga 4.00 petang, waktu tempatan.

 

 

Peringatan Tambahan

 

Pemegang unit dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah, serta hanya mengeluarkan wang jika benar-benar diperlukan.

 

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dijalankan untuk jangka masa sederhana dan panjang, supaya wang yang dilaburkan dapat menikmati manfaat kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

 

 

Pengeluaran ASB Yang Melebihi RM500 Boleh Dilakukan Di Kaunter Seperti Biasa

 

Kebenaran untuk pengeluaran ASB secara online dengan jumlah maksimum RM500 sebulan adalah mencukupi sebagai sumber kewangan segera pada masa yang diperlukan.

Untuk pengeluaran wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh melakukannya di cawangan atau ejen ASNB secara manual.

 

Maklumat Lanjut

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899. Pusat ini beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan).

Anda juga boleh menghantar e-mel kepada pegawai bertugas di asnbcare@pnb.com.my.

Untuk maklumat terkini daripada ASNB, anda boleh mengikuti media sosial rasmi mereka di:

 

 

 

Info Lain Yang Anda Boleh Baca

 

Leave a Comment