Daftar sekarang untuk bantuan RM200 sebulan dari BUDI MADANI! Semak tarikh bayaran dan langkah permohonan di sini. Peluang ini terhad!
Baca Juga : Biasiswa Pahang Sekolah Menengah – Permohonan dibuka untuk 2025!
Tarikh Bayaran BUDI MADANI: Bantuan RM200 sebulan adalah satu inisiatif yang diperkenalkan pada tahun ini oleh kerajaan Malaysia. Untuk makluman umum, Kementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh pembayaran bagi bantuan khas ini.
Tarikh Bayaran BUDI MADANI
Program bantuan khas tunai bulanan ini adalah sumbangan daripada kerajaan selaras dengan perlaksanaan penyasaran subsidi diesel. Bantuan ini dikhususkan untuk golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan jenis diesel di Semenanjung Malaysia.
Untuk makluman, permohonan bantuan ini telah dibuka mulai 28 Mei 2024 dan boleh dimohon sepanjang tahun ini. Berikut adalah tarikh pemberian bantuan BUDI MADANI RM200 ini:
- Permohonan dibuat pada 1 – 31 Ogos 2024: Bayaran mulai 9 September 2024
- Permohonan dibuat pada 1 – 30 September 2024: Bayaran mulai 7 Oktober 2024
- Permohonan dibuat pada 1 – 31 Oktober 2024: Bayaran mulai 8 November 2024
- Permohonan dibuat pada 1 – 30 November 2024: Bayaran mulai 6 Disember 2024
- Permohonan dibuat pada 1 – 31 Disember 2024: Bayaran mulai 7 Januari 2025
Syarat Kelayakan BUDI MADANI
Untuk melayakkan diri menerima bantuan ini, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan individu atau pasangan di bawah RM100,000 setahun
- Golongan B40 dan M40
Panduan Daftar BUDI MADANI
Kepada mereka yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Untuk rujukan lengkap dan panduan memohon, sila layari laman portal rasmi BUDI MADANI.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khas BUDI Individu (BKK HASiL) di 1 800 88 2747 atau e-mel ke budimadani@treasury.gov.my.
Semoga artikel ini membantu anda memahami lebih lanjut mengenai tarikh bayaran dan syarat kelayakan bagi bantuan BUDI MADANI RM200 sebulan. Inisiatif ini adalah langkah proaktif kerajaan dalam meringankan beban rakyat dan memastikan kesejahteraan golongan yang memerlukan.
Baca Juga : Biasiswa Pahang 2025: Panduan Permohonan untuk Sekolah Rendah