Siapa sangka? Resepi Bubur Asyura Utara ini rupanya mudah disediakan!

Adakah anda pernah terfikir betapa senangnya untuk menyediakan Bubur Asyura Utara?

Apa yang terjadi jika kami beritahu bahawa resepi yang lazat ini sebenarnya boleh disiapkan dalam masa yang singkat dengan bahan-bahan yang mudah dicari? Teruskan membaca untuk mengetahui rahsia yang tersimpan rapi selama ini!

Bubur Asyura

Siapa sangka? Resepi Bubur Asyura Utara ini rupanya mudah disediakan!

 

Anda pernah cuba buat Bubur Asyura Utara? Kalau belum, anda memang patut cuba resepi ni! Sekarang ni tengah musim bulan Asyura, rugi kalau tak buat. Saya pun sebelum ni ada cuba beberapa resepi, tapi rasa tak cukup ‘umphh’. Sampai satu hari, jiran sebelah rumah bagi resepi turun-temurun dari nenek dia. Tak sangka langsung rasanya macam yang mak-mak kita buat dulu-dulu.

 

Resepi Bubur Asyura
  • Masa Penyediaan: 40 minit
  • Masa Memasak: 1 1/2 jam

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk bubur :
    • 1 pek / 500g tepung beras
    • 2 ketul keledek oren
    • 1 cawan kacang merah
    • 1 cawan kacang hijau
    • 1 cawan kacang kuda
    • 1 cawan kacang tanah
    • 1-2 tongkol jagung
    • 6-10 biji pisang
    • 3 helai daun pandan
    • 5 cawan santan pekat
    • 3 cawan santan cair
    • Nota: Santan hasıl dari perahan dari 2 biji kelapa parut
    • 2-3 cawan air
    • Garam secukup rasa

 

  • Bahan-bahan untuk air gula:
    • 1 cawan serbuk gula merah
    • 1/2 cawan gula melaka
    • 1 cawan gula putih
    • 1 helai daun pandan
    • 1 cawan air

 

Cara Penyediaan:
  1. Keledek oren potong dadu dan rebus 15 minit atau sampai keledek lembut dan kemudian tapis air.
  2. Pisang potong bulat.
  3. Jagung potong ambil isi (nak guna yang dalam tin pon boleh).
  4. Kacang kuda rendam semalaman kemudian rebus sampai lembut dan buang kulit .
  5. Kacang tanah sampai lembut.
  6. Kacang hijau dan kacang merah rendam 3-4 jam dan rebus sampai lembut.
  7. Rebus gula merah Thai, gula Melaka dan gula putih dengan air dan daun pandan sampai cair.
  8. Bancuh tepung beras dengan santan cair dan air putih. Kacau sebati dan tapis.
  9. Masuk santan pekat, daun pandan dan garam dalam kuali.
  10. Buka api perlahan dan kacau sampai santan naik wap.
  11. Tuang masuk semua bancuhan tepung beras.
  12. Masukkan kacang merah dan kacang hijau.
  13. Kemudian tapis dan masuk air gula.
  14. Masukkan kacang tanah dan teruskan kacau.
  15. Bila bubur dah mula pekat, boleh tuang masuk kacang kuda. Sambung kacau sampai pekat dan berkilat.
  16. Masukkan keledek oren dan jagung dan sambung kacau pekat bertali.
  17. Akhir sekali masukkan pisang.

 

Tip Masakan:
  • Kacang tak perlu lembut sangat sampai pecah, takut nanti masuk dalam bubur tak cantik.
  • Untuk masak guna kuali cap buaya 45cm atau 18 inci.
  • Masa masak santan, kacau sampai naik wap ja, jangan sampai mendidih takut pecah minyak.
  • Kacau bubur dengan cara tolak sudip macam kita kikis bahagian bawah kuali, jangan sampai berkerak bawah tu.
  • Kalau suka bubur yang pekat boleh kurangkan air.
  • Kalau pekat sangat boleh tambah sikit air, lepas tambah air kena kacau lama nak elak cepat basi.
  • Alas bubur dengan daun pisang, baru wangi baunya nanti.

 

Rujukan video penyediaan:

Sumber: Che Nom

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment