Biskut Florentine: Resepi ramai orang cari yang pasti jadi!

Bayangkan menggigit Biskut Florentine yang rangup di luar dan penuh kekacang di dalam rasa yang begitu memikat hingga tak dapat berhenti makan.

Apakah rahsianya? Sertai kami untuk mendedahkan langkah demi langkah menghasilkan keajaiban ini yang pasti membuat semua orang terpikat!

Resepi Biskut Florentine

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Biskut Florentine: Ini resepi yang mudah, sedap & dijamin puas hati!

 

Dalam setiap gigitan Biskut Florentine yang renyah, tersembunyi cerita-cerita silam dan warisan budaya yang kaya. Di Malaysia, resepi tradisional ini telah diubah suai dengan sentuhan lokal, memberikan selera yang unik dan memikat hati banyak penggemar kudapan manis.

Mari bersama saya belajar bagaimana resepi tradisional Eropah ini berjaya disulam dengan sentuhan lokal, mencipta simfoni rasa yang dinantikan oleh setiap lapisan masyarakat.

Resepi Pertama Biskut Florentine

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 8 orang

 

 

Bahan-bahan:
  • 200 gram tepung florentine
  • 150 gram kepingan badam (sliced almond)
  • 50 gram kuaci putih (sunflower seed)
  • 100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)
  • 2 sudu besar bijan hitam

 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
  3. Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14″×14″ yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
  4. Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.

 

Tip Masakan:
  • Kalau tak jumpa tepung florentine, boleh cuba cari tepung bienetta. Kedua-duanya boleh digunakan untuk biskut ini.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Kedua Biskut Florentine

 

Bahan-bahan:
  • 500 gram golden florentina
  • 250 gram flake almond
  • 250 gram green pumpkin seed
  • 250 gram sun flower seed
  • 100 gram black sesame seed

 

 

Cara Penyediaan:
  • Goreng kekacang atas dapur / bakar dahulu kekacang selama 5 minit (tapi step ni saya tak buat).
  • Campur semua bahan dalam bekas dan kacau sekata.

 

 

  • Masukkan dalam cup muffin. Sayu buat tebal-tebal sikit sebab nak makan sendiri (cup ni boleh guna berulang kali).
  • Bakar 130° selama 15 minit sehingga keperangan (tengok atas oven masing-masing. Saya bakar lebih 30 minit. Bila dah keperangan, angkat. Suhu tu nak guna lebih pun ikut la sebab masuk round ke-3 saya ejas naik sikit).
  • Tekan sikit kat bawah cup bagi dia tercabut keluar.

 

 

Sumber:

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment