Daftar BINGKAS: e-Wallet RM300 Sebulan untuk Anda yang layak

Adakah anda B40 atau M40? Anda layak terima bantuan e-Wallet BINGKAS RM300 setiap bulan  Ketahui cara memohon dan manfaat besar yang boleh anda peroleh untuk kelangsungan hidup yang lebih baik.

Rakyat Selangor kini berpeluang untuk mendapatkan bantuan e-Wallet sebanyak RM300 sebulan melalui program BINGKAS. Berikut adalah maklumat terperinci dan cara untuk memohon bantuan ini.

Baca Juga : Cara Daftar Akaun KWSP 

Mengenai BINGKAS

bingkas

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik. Program ini meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan menyediakan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.

BINGKAS bertujuan untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, memperkukuhkan keharmonian keluarga, serta menyumbang kepada kemakmuran di Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM108 juta dengan sasaran 30,000 penerima manfaat di seluruh Selangor, menjadikan program ini antara program bantuan kewangan terbesar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Penerusan program ini adalah selaras dengan seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini serta menyumbang ke arah pencapaian petunjuk makro Rancangan Selangor Pertama yang bertujuan mengurangkan kemiskinan relatif dalam kalangan rakyat Selangor.

Manfaat BINGKAS

Manfaat yang akan diperoleh daripada bantuan ini adalah seperti berikut:

  • e-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urus niaga pembelian boleh dilakukan secara tanpa tunai (melalui e-Wallet).
  • Had bulanan pembelian bagi barangan keperluan asas sebanyak RM300.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak akan dibawa ke bulan hadapan.
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Tarikh Permohonan BINGKAS

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 15 Ogos 2024.

Syarat Kelayakan BINGKAS

Syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah.
  3. Pemilih berdaftar di Selangor.
  4. Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum 2 orang berusia 18 tahun ke bawah.
  5. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Cara Memohon BINGKAS

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://bingkasselangor.com. Sila pastikan dokumen-dokumen berikut dilampirkan bersama permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau pasangan).
  • Salinan Slip Gaji/Pencen terbaru (untuk penjawat awam/pesara).
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau surat kelahiran/sijil anak angkat/Kad OKU/surat hak jagaan (bagi anak-anak/tanggungan).
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
  • Salinan Sijil Kematian/Perceraian/Laporan Polis (bagi ibu/bapa tunggal).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN, Penghulu, Ahli Majlis, atau Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri/tidak bekerja).

Maklumat Lanjut BINGKAS

Untuk maklumat lanjut mengenai program BINGKAS, sila hubungi talian bebas tol 1-800-22-6600.

Baca Juga : Bantuan Lesen Percuma 2024

Leave a Comment