Biasiswa Pahang 2025: Panduan Permohonan untuk Sekolah Rendah 

Biasiswa Pahang 2025 kini dibuka! Panduan mudah untuk memohon biasiswa sekolah rendah yang akan membantu masa depan cemerlang anak anda. Jangan ketinggalan kesempatan berharga ini, mohon sekarang!

Baca Juga : Bantuan Tambahan STR RM1200 – Semak sekarang

Apa itu Biasiswa Pahang -Sekolah Rendah ?

Biasiswa Pahang 2025

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah), yang dahulunya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Rendah (BSR), telah diperkenalkan pada tahun 2002. Biasiswa ini ditawarkan kepada murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan, dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.

Pada awal pengenalannya, biasiswa ini mensasarkan anak-anak dari keluarga miskin dengan pendapatan keluarga di bawah RM700 sebulan. Kini, kumpulan sasar telah diperluaskan kepada keluarga dengan pendapatan di bawah RM2,500 sebulan.

Mulai tahun 2012, kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) telah dinaikkan daripada RM250 setahun kepada RM300 setahun untuk murid Tahun 4 hingga 6. Sejak 2022, ia juga telah diberi penjenamaan baru dan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah).

Syarat Kelayakan Biasiswa Pahang -Sekolah Rendah

Anda Boleh Semak Disini 

  1. Kewarganegaraan: Pemohon dan ibu bapa atau penjaga mestilah warganegara Malaysia.
  2. Asal Usul: Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Pemohon dan ibu bapanya yang lahir di luar Pahang serta ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.
  3. Kewangan: Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah tanpa menerima bantuan kewangan lain. Keutamaan diberikan kepada anak yatim atau berasal dari keluarga kurang berkemampuan.
  4. Pendapatan Keluarga: Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) akan dinilai berdasarkan pemilihan semasa tahun tersebut.
  5. Peringkat Sekolah: Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
  6. Rekod Disiplin: Murid yang pernah digantung atau dibuang sekolah tidak layak memohon.

Cara Permohonan Biasiswa Pahang -Sekolah Rendah

Permohonan boleh dibuat melalui SEKOLAH atau melalui ADUN/Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang sahaja.

Tarikh permohonan bermula 19 Ogos 2024 dan tarikh tutup adalah pada 1 Oktober 2024.

Maklumat Lanjut Biasiswa Pahang -Sekolah Rendah

Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) untuk sesi 2025 kini dibuka. Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan hantar permohonan sebelum tarikh tutup.

Baca Juga : Bantuan Tunai STR Fasa 3

Leave a Comment