Ketahui bagaimana insentif dan dasar baharu dalam Belanjawan 2025 akan memperkukuh ekonomi tempatan dan memperkecilkan jurang ekonomi antara wilayah. Bacalah sekarang!
Belanjawan 2025 : Ringkasan Mudah Faham
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada pukul 4.00 petang. Turut mengiringi beliau adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.
Ekonomi Negara
Ekonomi negara dijangka berkembang kukuh antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus, didokong oleh langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025. Menurut unjuran, kadar defisit akan turun kepada 3.8 peratus pada 2025 berbanding anggaran 4.3 peratus pada tahun ini.
Kutipan Hasil dan Cukai
Cukai Jualan dan Perkhidmatan
Kerajaan menjangkakan kutipan hasil untuk tahun 2025 terus meningkat kepada RM340 bilion. Skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi, berkuat kuasa mulai 1 Mei, 2025. Walau bagaimanapun, cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan rakyat, hanya akan dikenakan pada barangan bukan keperluan asas seperti produk premium yang diimport.
Subsidi Petrol RON 95
Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025, dengan penjimatan akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat. Subsidi ini dijangka memberi manfaat kepada 85% rakyat dengan mengekalkan harga RM2.05/liter.
Peruntukan Pembangunan Sabah dan Sarawak
Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberikan keutamaan dengan masing-masing menerima RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion. Kerajaan juga bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas bagi kedua negeri ini kepada RM600 juta pada tahun 2025.
Bantuan Sosial dan Kebajikan
Bantuan Kewangan
Kerajaan akan memberikan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025. Kadar bantuan STR untuk kategori isi rumah dinaikkan hingga RM4600 berbanding RM3700, dan kadar kategori bujang dinaikkan kepada RM600.
Elaun JKM
Kadar bantuan kebajikan bulanan juga dinaikkan seperti berikut:
- Bantuan Kanak-kanak Keluarga Termiskin
- Berusia 6 tahun dan ke bawah: RM250 (2024: RM200)
- Berusia 7-18 tahun: RM200 (2024: RM150)
- Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 (2024: RM500)
Kenaikan Gaji Minimum
Dalam Bajet 2025, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025. Bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, penangguhan kuat kuasa ini akan berlaku selama 6 bulan hingga 1 Ogos 2025.
Bantuan Kewangan Penjawat Awam & Pesara
Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Pesara kerajaan dan veteran akan menerima RM250, bantuan ini akan disalurkan pada Februari 2025.
Siaran Langsung Pembentangan
Marilah kita saksikan “Pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI” secara langsung oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Facebook rasmi Kementerian Kewangan dan JPA serta semua saluran media utama.
Pautan LIVE Streaming:
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila layari laman web rasmi Belanjawan 2025 dan laman web rasmi Parlimen Malaysia.
Artikel ini direka untuk memberi gambaran menyeluruh dan mudah difahami mengenai Belanjawan 2025, memastikan setiap maklumat penting disertakan dan memperkayakan pemahaman pembaca.