Baucar Buku Guru Sasbadi 40% Diskaun Sempena Hari Guru Kebangsaan 2024

Adakah anda seorang guru? Terima khabar gembira sempena Hari Guru Kebangsaan 2024! Jangan lepaskan peluang untuk mendapat baucar buku guru dengan diskaun 40% daripada Sasbadi. Klik untuk ketahui lebih lanjut tentang baucar eksklusif dan cara mendapatkannya.

Baca Juga : Diskaun Saman PDRM 50% di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024

Baucar Buku Guru Sasbadi

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Berita gembira buat guru-guru di Malaysia! Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024, kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif khas untuk menghargai jasa para pendidik. Salah satu inisiatif tersebut ialah pemberian baucar buku tajaan Sasbadi.

Secara keseluruhannya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan 20 inisiatif khusus, dan 3 daripadanya adalah tajaan Sasbadi.

Latar Belakang Sasbadi

Guru-guru dan murid-murid di Malaysia pastinya sudah cukup familiar dengan Sasbadi, sebuah syarikat yang telah menyediakan bahan pendidikan selama lebih 30 tahun. Pada awalnya, Sasbadi fokus kepada pengeluaran bahan pembelajaran untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang merangkumi buku teks, buku rujukan, buku kerja, kertas ujian, dan pelbagai alat bantu pendidikan lain.

Kini, Sasbadi telah berkembang menjadi penyedia penyelesaian pendidikan menyeluruh dengan kandungan yang disediakan dalam pelbagai format, dari cetakan konvensional hingga platform digital moden.

Inisiatif Sasbadi Sempena Hari Guru 2024

Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024, Sasbadi memperkenalkan 3 inisiatif khusus sebagai penghargaan kepada para guru:

  1. Baucar diskaun 40% untuk buku Sasbadi
  2. 3 bulan langganan percuma BOOKR
  3. 1 tahun perkhidmatan percuma I-LEARN Ace

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Cara Mendapatkan Baucar Buku Guru Sasbadi

Para guru boleh menikmati diskaun 40% ini dengan membuat pembelian secara dalam talian di Sasbadi Store. Tempoh sah baucar ini adalah dari 16 Mei 2024 hingga 15 Mei 2025.

Diharapkan para guru dapat memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan baucar buku serta inisiatif-inisiatif lain bagi mempertingkat pengetahuan dan kemahiran mengajar mereka.

Langkah Penebusan Baucar Buku Guru Sasbadi

Untuk mendapatkan baucar buku Sasbadi, sila ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam infografik di bawah:

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Baca Juga : RM200 Sebulan Untuk yang layak – Mohon bantuan disini.

 

Leave a Comment