Bantuan Tambahan STR RM1200 – Semak sekarang jika anda B40/M40

Penerima STR RM1200? Jangan tunggu lagi, semak nama anda sekarang! Ketahui langkah mudah untuk semakan dalam artikel ini. Golongan B40 dan M40 klik di sini!

Baca Juga : Upacara Pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024

Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan STR RM1200 

STR RM1200

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Bayaran bantuan tambahan STR kepada penerima adalah secara ansur setiap bulan selama tempoh 12 bulan. Bayaran bagi fasa ketiga (3) adalah pada tarikh 1 Ogos 2024 dan 1 September 2024 bagi penerima di Semenanjung. Bagi penerima Sabah dan Sarawak pula, bayaran bermula pada 12 Ogos 2024.

Jumlah Bayaran Bantuan Tambahan STR RM1200 

Setiap penerima dari negeri Semenanjung akan menerima bayaran bantuan tambahan RM100 setiap bulan dan menjadikan keseluruhan bayaran bagi fasa ketiga adalah sebanyak RM800. Manakala penerima di Sabah dan Sarawak pula menerima bayaran secara ansur dua (2) kali sebanyak RM600.

Cara Bayaran Bantuan Tambahan STR RM1200 

Pembayaran bantuan tambahan STR bagi fasa ketiga (3) adalah berlainan untuk setiap negeri seperti berikut:

Penerima di Negeri Semenanjung Malaysia

Akan dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan setiap bulan sebanyak RM100 selama 12 bulan bersamaan RM1,200.

Penerima di Negeri Sabah & Sarawak

Akan dibayar secara tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima sebanyak RM600 untuk dua (2) kali bayaran bersamaan RM1,200.

Kelayakan Penerima Bantuan Tambahan STR RM1200

Hanya penerima yang berkelayakan berikut akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM1,200:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah dan warga emas;
  • Pendapatan di bawah garis kemiskinan;
  • Berdaftar dan tersenarai di bawah data e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

Semakan Nama Penerima Bantuan Tambahan STR RM1200 Fasa 3 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan tambahan STR RM1,200 Fasa Ketiga (3) seperti berikut:

  1. Sila layari laman rasmi MySTR LHDNM di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad].
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran tambahan Fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

  • Hotline STR HASIL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

Penafian

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.

Baca Juga : 10 Tips Mendapatkan Tiket Penerbangan Murah 2024

Leave a Comment