Bantuan Tambahan MyKad RM150 : Ingin RM150 tambahan melalui MyKad pada tahun 2024? Klik sekarang untuk panduan lengkap semakan dan permohonan bantuan secara online!
Bantuan Tambahan MyKad RM150MyKad 2024
Bantuan Tambahan STR dalam MyKad adalah sebahagian daripada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disediakan oleh kerajaan. Program ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan memenuhi keperluan asas mereka.
Bantuan ini akan disalurkan sebagai tambahan kepada penerima STR yang layak melalui MyKad (kad pengenalan) dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan di Semenanjung Malaysia.
Jadual Penyaluran Bantuan Tambahan MyKad RM150
Penyaluran bantuan tambahan STR fasa ketiga (3) adalah seperti berikut:
Bil | Tarikh Penyaluran |
1 | 1 Ogos 2024 (Khamis) |
2 | 1 September 2024 (Ahad) |
Jumlah Penyaluran Bantuan Tambahan MyKad RM150
Setiap penerima akan menerima amaun yang berbeza mengikut kategori berikut:
Kategori Bujang:
Kelayakan Penerima | Jumlah Penyaluran |
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM50 |
Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM100 |
Kategori Isi Rumah:
Kelayakan Penerima | Jumlah Penyaluran |
Isi Rumah Berpasangan | RM100 |
Isi Rumah Tunggal | RM100 |
Manfaat Bantuan Tambahan MyKad RM150
Berikut adalah manfaat bantuan tambahan STR dalam MyKad:
- Digunakan di 600 kedai terpilih seluruh Malaysia.
- Menampung kos perbelanjaan bulanan rakyat.
- Memenuhi keperluan asas rakyat.
- Had bantuan sehingga RM600 / RM1,200 setahun.
- Pembelian tanpa tunai (cashless) dengan MyKad.
Cara Check Status Bantuan Tambahan MyKad RM150
Ikuti langkah berikut untuk menyemak status bantuan tambahan STR dalam MyKad fasa ketiga (3):
- Layari pautan laman rasmi ‘Check Status’ di sini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Check Status’.
- Isikan ruangan ‘Nombor MyKad*’ tanpa — (contoh: 870230116787).
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
Rujukan
Semua maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib di bawah:
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Penafian
Kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri untuk memudahkan pelawat. Kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.