Bantuan Skim Mesra RM150 & RM500: Ini cara mohon

Bantuan Skim Mesra kini menyediakan bantuan berjumlah RM150 dan RM500 untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Inisiatif bantuan kewangan ini merupakan salah satu daripada program yang diperkenalkan dan masih sedang dilaksanakan pada tahun ini.

Baca juga : Projek Rumah Makmur

Bantuan Skim Mesra

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

BANTUAN SKIM MESRA SMUE & SMIS

Kerajaan negeri dengan bangganya memperkenalkan program Skim Mesra SMUE dan SMIS, yang mana melalui program istimewa ini, dua jenis bantuan disediakan kepada pemohon yang layak: baucar beli-belah dan bantuan khairat kematian.

Tujuan perlaksanaan Skim Mesra ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan mereka yang terkesan terutamanya pada tahun ini. Permohonan untuk skim ini sudah dibuka dan pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian, dengan syarat kuota masih ada.

MANFAAT BANTUAN SKIM MESRA

Bagi ahli yang telah mendaftar dalam SMUE dan SMIS, berikut adalah manfaat yang akan diperolehi:

BAUCAR BELI BELAH

  • Baucar bernilai RM150 diberikan setiap tahun kepada ahli yang masih hidup.
  • Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri dengan membawa Kad Pengenalan asli ahli yang didaftarkan.
  • Baucar tidak boleh dituntut selepas kematian ahli.
  • Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan.
  • Baucar perlulah digunakan dalam masa 3 bulan selepas penebusan.
  • Baucar yang hilang atau tidak digunakan dalam tempoh ditetapkan tidak akan digantikan.

Nota: Adalah penting bagi ahli untuk sentiasa mengemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelak dari terlepas sebarang info terkini berkaitan program ini.

BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN

  • Bantuan ini adalah sebanyak RM500 secara one-off.
  • Tuntutan hendaklah dibuat dalam masa 6 bulan dari tarikh kematian ahli yang didaftarkan.
  • Terpakai bagi kematian yang berlaku mulai 1 Januari 2021.
  • Jika lewat dituntut melebihi 6 bulan, bantuan tidak akan diberikan.
  • Pembayaran akan dibuat melalui pindahan wang langsung ke akaun pewaris yang didaftar atau melalui tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN.
  • Sekiranya si mati tidak didaftar dalam Skim Mesra, waris perlu membuat permohonan dalam masa yang sama seperti di atas.

Waris yang membuktikan tuntutan baucar Jom Shopping selepas kematian ahli (dalam masa 6 bulan dari tarikh kematian) hanya layak menerima bantuan khairat kematian RM350.

SEMAKAN DAN CARA PERMOHONAN BANTUAN SMUE / SMIS

Bagi mereka yang memerlukan dan layak, bolehlah membuat permohonan untuk mendapat manfaat insentif yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan permohonan telah disediakan dan boleh diakses melalui laman rasmi Skim Mesra yang boleh dilayari di https://mesra.yawas.com.my/.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Mesra, boleh dirujuk dalam laman web tersebut.

SEMAK BANTUAN LAIN

BANTUAN PERUMAHAN SJKP MADANI 2024

BANTUAN PERUMAHAN PPR UNTUK B40

Rumah PPRT 2024

Leave a Comment