Anda sedang mencari peluang beasiswa untuk melanjutkan pelajaran? INSISYP menawarkan insentif luar biasa untuk siswa yang ingin belajar di dalam dan luar negara. Jangan lepaskan peluang ini untuk mencapai cita-cita akademik anda!
Baca Juga : Bantuan Awal MAIDAM 2024 Sehingga RM2,500
Insentif Siswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara – INSISYP
Sebelum ini dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak.
Bantuan permulaan secara one-off diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti/IPT di dalam dan luar negara. Bantuan ini bertujuan untuk:
- Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT di dalam dan luar negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang, dan penginapan.
- Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di IPT dalam dan luar negara.
- Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di IPT dalam dan luar negara.
- Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.
Insentif Siswa Dalam Negara
Kadar Pemberian
Bantuan ini adalah secara one-off berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut:
Bil | Peringkat Pengajian | Nilai Bantuan (RM) |
1 | Sijil (Termasuk Sijil/Diploma Vokasional) | 300.00 |
2 | Diploma | 500.00 |
3 | Ijazah Sarjana Muda | 1,000.00 |
Syarat-syarat Insentif Siswa Dalam Negara:
- Bagi kemasukan pengajian sepenuh masa dan separuh masa semester pertama di tahun pertama sahaja di peringkat Sijil, Sijil Vokasional, Diploma, Diploma Lanjutan, dan Ijazah Sarjana Muda ke IPT yang tersenarai di sini (KLIK).
- Anak kelahiran Negeri Perak dan warga negara Malaysia.
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak, atau
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung).
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung).
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung).
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas kecuali peringkat Sijil Kolej Vokasional (16 tahun) dan Diploma Kolej Vokasional (17 tahun).
- Isi rumah ibu dan bapa atau pasangan keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja/berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.
- Pemohon yang telah menerima bantuan daripada mana-mana agensi atau jabatan lain tidak layak memohon bantuan ini.
Insentif Siswa Luar Negara (DITUTUP SEMENTARA)
Kadar Pemberian
Bantuan ini adalah secara one-off berdasarkan peringkat pengajian serta kategori negara:
Kategori Negara | Diploma (RM) | Ijazah Sarjana Muda (RM) | Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah (RM) |
A | 1,500.00 | 3,000.00 | 4,000.00 |
B | 2,500.00 | 5,000.00 | 6,500.00 |
Agihan Negara Mengikut Kategori:
Kategori A:
- Afrika Selatan
- Algeria
- Bangladesh
- Ethiopia
- Filipina
- India
- Indonesia
- Kenya
- Libya
- Mesir
- Myanmar
- Nigeria
- Pakistan
- Sri Lanka
- Sudan
- Syria
- Thailand
- Uganda
- West Indies
Kategori B:
- Amerika Syarikat
- Arab Saudi
- Australia
- Austria
- Belgium
- Brunei
- China
- Denmark
- Finland
- Greece
- Hong Kong
- Hungary
- Iceland
- Iran
- Iraq
- Itali
- Jerman
- Jepun
- Jordan
- Kanada
- Korea Selatan
- Kuwait
- Luxembourg
- Maghribi
- Malta
- Netherlands
- New Zealand
- Norway
- Perancis
- Poland
- Portugal
- Republik Czech
- Republik Ireland
- Russia
- Sepanyol
- Singapura
- Sweden
- Switzerland
- Taiwan
- Turki
- Ukraine
- United Kingdom
Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan www2.mqa.gov.my/esisrafkelayakan.cfm.
Syarat-syarat Insentif Siswa Luar Negara:
- Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu semester pertama di tahun pertama pengajian sahaja.
- Mendapat tawaran melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, atau Ijazah Doktor Falsafah di IPT luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar, atau Latihan Industri di IPT luar negara tidak termasuk dalam bantuan ini.
- Anak kelahiran Negeri Perak dan warga negara Malaysia.
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak, atau
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung).
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung).
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung).
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
- Isi rumah ibu dan bapa atau pasangan keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja/berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.
Dokumen Yang Diperlukan untuk Insentif Siswa Dalam dan Luar Negara:
- Borang yang lengkap diisi.
- Salinan surat tawaran terkini.
- Salinan pengesahan terima/tolak tawaran IPT jika ada.
- Salinan MyKad pelajar, ibu, dan bapa.
- Salinan penyata akaun bank pemohon.
- Salinan slip bank-in yuran pendaftaran jika ada.
- Salinan penyata pencen ibu bapa atau pasangan.
- Salinan surat pengesahan bermastautin, surat kematian, surat cerai, atau sijil nikah (jika berkaitan).
Semua salinan dokumen yang dikepilkan perlu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Penghulu, Ketua Kampung, Pengetua, Guru Besar, Pemimpin Tempatan, atau Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3 Kumpulan A ke atas).
Untuk Perhatian:
- Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan DITOLAK.
- Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke IPT.
- Permohonan dibuka sepanjang tahun dan pemberian hanya diberikan sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.
- Dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.
Cara Memohon:
- Memohon secara ONLINE.
- Borang Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak atau Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
Senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih boleh disemak seperti senarai di bawah. MUAT TURUN SENARAI IPT TERPILIH DALAM NEGARA.
Maklumat Tambahan:
- Program Bantuan: Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak, Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam dan Luar Negara, Semakan Status Bantuan Pendidikan, Sayangi Rumahku, Pinjaman Tabung Usahawan.
- Maklumat Am: Notis Tender/Sebut Harga, Jawatan Kosong, Galeri, Buletin, Berita Semasa, Soalan Lazim, Hubungi, Maklum Balas.
Alamat:
Yayasan Perak, Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No. 111, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh.
Tel: 605-255 2929
Faks: 605-253 1701
E-mel: info@yayasanperak.com.my
Semoga maklumat ini membantu anda memahami Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) dengan lebih mendalam.
Baca Juga : Bantuan Pendidikan RM500 untuk Pelajar IPT