Baca cara semak status Bantuan MyKad RM150 untuk pembelian keperluan asas 2024. Ketahui senarai barangan dan premis yang terlibat serta jumlah bantuan yang anda layak terima. Klik sekarang untuk maklumat lanjut!
Baca Juga : Cara Tukar Limit Transfer Maybank
Semak Status Bantuan MyKad
Keperluan asas adalah penting untuk kehidupan seharian. Namun, harga barang yang tidak menentu boleh menjadi bebanan kepada rakyat berpendapatan rendah. Oleh itu, kerajaan telah menyediakan bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan menggunakan MyKad.
Proses Penerimaan Bantuan Dalam MyKad
Berikut adalah proses penerimaan bantuan menggunakan MyKad:
- Pendaftaran dan Pengesahan: Pemohon perlu mendaftar dan pengesahan permohonan akan dilakukan oleh pihak kerajaan.
- Pembukaan Akaun: Akaun untuk simpanan bantuan akan dibuka berdasarkan Nombor MyKad pemohon.
- Penerimaan Elaun Bulanan: Pemohon akan menerima elaun bulanan melalui MyKad.
- Pemilihan Premis: Pemohon perlu memilih pasar raya atau kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program ini.
- Pembelian Barangan: Pemohon perlu membeli barangan keperluan asas mengikut 13 kategori barangan yang diluluskan.
Senarai Bantuan Barangan Keperluan Asas 2024
Penerima bantuan boleh memilih barangan keperluan asas yang diluluskan seperti dalam senarai berikut:
- Beras: Jasmine, Jati, Bernas, Faiza, Cap Rambutan, dan lain-lain.
- Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White.
- Telur: Nutriplus, QL Eggs, CP.
- Minyak Masak: Sri Murni, Saji, Alif, Daisy, Buruh, Knife, Vesawit.
- Tepung: Cap Sauh, Cap Lili, Faiza, Cap Ros, BlueKey.
- Biskut: Julie’s, Tiger, Munchy’s, Chipsmore, Jacob’s, Hwa Tai, Hup Seng.
- Mi Segera: Indo Mie, Mamee, Maggi, Cintan, Mie Sedaap.
- Minuman: Tea Boh, Milo, Dutch Lady, F&N, Nescafe, Horlicks, Vico, Marigold, Quaker, Fernleaf.
- Makanan Dalam Tin: Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC Boy, King Cup.
- Bahan Perasa: Sos Puteri, Kimball, Life, Jalen, Cap Kipas Udang, Tamin, Maggi, Planta.
- Produk Kebersihan: Colgate, Dettol, Kotex.
- Ubat-ubatan: Prospan, Hurix’s, Panadol, Sterimar, Difflam.
Senarai Premis di Bawah Bantuan Dalam MyKad 2024
Terdapat lebih daripada 600 premis yang terpilih di seluruh Malaysia, antaranya ialah:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- Lulu Supermarket
Serta pasar raya dan pasar mini yang berdaftar berdekatan.
Jumlah Bantuan Dalam MyKad untuk Pembelian Keperluan Asas
Berikut adalah jumlah bantuan yang akan dimasukkan ke dalam MyKad setiap penerima:
Kategori Penerima | Jumlah Bantuan | Jumlah Tahunan |
Isi Rumah | RM100 sebulan | RM1200 setahun |
Warga Emas | RM100 sebulan | RM1200 setahun |
Bujang | RM50 sebulan | RM600 setahun |
Cara Menyemak Status Bantuan Dalam MyKad RM150 Pembelian Keperluan Asas 2024
Berikut adalah cara untuk menyemak status bantuan:
- Layari pautan rasmi semakan di sini: https://mykasih.com.my.
- Klik pada butang “SEMAK STATUS” di halaman utama.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon dengan betul tanpa tanda sengkang (-). Contoh: 83XXXXXXXXXX.
- Klik pada butang “SEMAK STATUS”.
- Status penerima bantuan akan dipaparkan.
Rujukan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di sini: https://mykasih.com.my/contact-us.
Penafian
Kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini.
Tujuan penulisan ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapatkan info terbaru tentang bantuan. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara-faq.
Baca Juga : 7 Laman Web Terbaik untuk Cari Kerja Buat Lepasan SPM !