Baca cara mohon Bantuan Kewangan Bulanan RM 450 disini. Semak kelayakan anda dan mohon sekarang.
BANTUAN KEWANGAN BULANAN RM 450
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024. Bantuan ini bertujuan untuk mendorong golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk terus bekerja, hidup secara mandiri, dan menyumbang sebagai anggota produktif dalam masyarakat.
KADAR BANTUAN KEWANGAN BULANAN
Kadar bayaran EPOKU: RM450 sebulan seorang
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara, tinggal dan bekerja di Malaysia
- Lebih 16 tahun
- Pemegang Kad OKU JKM
- Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah
CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN BULANAN RM 450
Proses pemprosesan permohonan bantuan kewangan dijalankan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan akan dinilai untuk mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan, sesuai dengan prinsip pemberian bantuan berdasarkan kelayakan.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon dikehendaki membawa dokumen sokongan semasa ke pejabat kebajikan masyarakat daerah/jajahan/bahagian, seperti:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak.
- Salinan sijil kelahiran anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan stub gaji (jika ada).
- Dokumen lain yang berkaitan.
BORANG PENTING UNTUK MEMOHON BANTUAN
MANFAAT-MANFAAT LAIN UNTUK OKU
MAKLUMAT LANJUT
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
RUJUKAN PENTING
SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
Bantuan Kewangan ASASI RM 2500 untuk B40 : Semak kelayakan anda disini!