Bantuan Kewangan ASASI RM 2500 untuk B40 : Semak kelayakan anda disini!

TERKINI : Bantuan Kewangan ASASI RM 2500. Pada tahun 2024, bantuan kewangan asasi beserta elaun wang saku berjumlah RM2,500 diberikan kepada individu yang berkelayakan. Inisiatif khas ini merupakan sebahagian daripada bantuan khas yang disediakan pada tahun tersebut.

Bantuan Kewangan ASASI RM 2500

Bantuan Kewangan ASASI RM 2500

 

Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis insentif bantuan tunai khusus untuk membantu golongan kategori B40 dan M40 mengurangkan beban mereka. Salah satu program bantuan yang tersedia pada tahun ini adalah bantuan kewangan asasi dan elaun wang saku.

 

Perlu diingat bahawa bantuan khas ini diberikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan permohonannya terbuka kepada pelajar yang memenuhi kriteria kelayakan pada tahun ini. Ini adalah langkah yang diambil untuk memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan dalam komuniti.

 

KADAR BANTUAN KEWANGAN ASASI

 

JENIS BANTUANKADAR BANTUAN (SETAHUN)
Yuran PengajianRM1,420
Yuran PenginapanRM1,420
Elaun Wang SakuRM2,500
Modal Tambang PenerbanganSekali Perjalanan (Pergi dan Balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya)

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN ASASI

 

  1. Warganegara Malaysia yang sedang menjalani program asasi di universiti awam layak untuk bantuan pembiayaan kewangan ini.
  2. Bantuan ini terbuka kepada isi rumah dari kumpulan M40 dan B40.
  3. Syarat kelayakan termasuk lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  4. Kursus pengajian yang dipilih harus mendapat pengiktirafan dan kelulusan dari Jabatan Pendidikan Tinggi serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN ASASI RM 2500

 

Untuk makluman anda, sekiranya anda menerima bantuan kewangan asasi ini, anda tidak akan layak menerima sebarang tajaan atau biasiswa lain selama tempoh program.

 

Sekiranya anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan secara dalam talian di Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Anda perlu membawa dokumen yang diperlukan ke Pejabat Pendaftar Universiti masing-masing dan tidak boleh mengemukakannya terus kepada pihak KPM.

 

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan:

  1. Surat Tawaran Kemasukan
  2. Borang Perjanjian (3 Salinan, Borang kosong boleh difotokopi)
  3. Borang penyata pendapatan penjamin
  4. Panduan mengisi borang perjanjian
  5. Dokumen perjanjian yang telah diisi lengkap mesti diserahkan semasa hari pendaftaran
  6. Tuntutan bayaran pelajar asasi akan dibuat melalui pihak pentadbir Universiti Awam masing-masing pada setiap semester.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh merujuk pautan portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah:

https://www.moe.gov.my/

 

RUJUKAN PENTING

 

BANTUAN KEWANGAN ASASI (BKA)

SEMAKAN BANTUAN ASASI

SOALAN LAZIM BKA

 

BACAAN LAIN

Semakan Keputusan Rayuan: Kemasukan SBP & SMKA Sesi 2024/2025

Semakan MRSM : Semak keputusan permohonan 2024/2025

BANTUAN KEMASUKAN ASRAMA PENUH : Permohonan 2024 kini dibuka!

Leave a Comment