BANTUAN KASIH MURID KHAS UNTUK KELUARGA B40 – SEMAK DISINI

Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta untuk pelaksanaan Bantuan Kasih Murid Johor sebagai salah satu usaha meringankan beban perbelanjaan keluarga B40 menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun 2024/2025 pada bulan Mac.

Inisiatif yang julung kali diadakan itu melibatkan seramai 11,200 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Bantuan tersebut telah dilaksanakan dalam tempoh 5 hari, bermula dari 3 Mac sehingga 7 Mac 2024.

Hasil daripada inisiatif ini, setiap kawasan DUN telah menerima peruntukan berjumlah RM50,000 yang seterusnya diagihkan kepada keluarga-keluarga B40 yang layak dalam bentuk keperluan asas persekolahan seperti pakaian, alat tulis, beg dan lain-lain.

Pelancaran Bantuan Kasih Murid

YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor turut hadir bagi menyempurnakan pelancaran Bantuan Kasih Murid Johor di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, berdekatan Pasir Gudang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Skim Bantuan Kasih Murid Johor 2024 di Pasir Gudang.

Aznan berkata, sekitar 11,200 pelajar di seluruh negeri mendapat manfaat daripada pelaksanaan bantuan itu.

“Program Pelancaran Bantuan Kasih Pelajar Negeri Johor akan meliputi 56 kawasan DUN hari ini dan akan bermula serentak (hari ini) sehingga 7 Mac ini.

“Setiap DUN menerima RM50,000, ia meliputi semua bantuan asas dan merupakan bantuan sekali sahaja kepada semua yang memerlukannya,” katanya.

Batu itu turut disampaikan sebagai menzahirkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia, selain untuk memotivasikan lagi pelajar untuk mendapatkan bantuan pendidikan yang lebih baik pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Aznan turut mengingatkan golongan ibu agar memanfaatkan bantuan yang diterima dengan sebaiknya.

Program Bantuan Kasih Murid Johor turut mendapat sokongan daripada beberapa agensi termasuk Yayasan Pendidikan MARA bagi melaksanakan hasrat Kerajaan Negeri Johor.

Cara Mohon

Anda boleh bertanya ke pihak ADUN kawasan anda berkenaan bantuan ini. Semoga ianya bermanfaat dalam membantu persekolahan anak-anak anda. Terima kasih.

Leave a Comment