Panduan Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin 2024 (BIB) RM450

Panduan lengkap permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) 2024  Ketahui syarat kelayakan, cara permohonan, dan dokumen yang diperlukan untuk menerima bantuan RM450 bagi ibu yang melahirkan anak.

Info Lanjut Mengenai BIB

Bantuan Ibu Bersalin 2024 

ibu bersalin

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kerajaan Negeri Sarawak menyediakan insentif Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 bagi setiap ibu yang baru melahirkan anak, sebagai sebahagian daripada inisiatif sokongan mereka.

Semua maklumat yang dikongsikan adalah berdasarkan informasi terkini dari portal rasmi Kerajaan Negeri Sarawak. Berikut adalah panduan lengkap mengenai cara untuk memohon dan syarat-syarat kelayakan bagi menerima bantuan ini.

Apa Itu Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan pemberian Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 semasa membentangkan Belanjawan Negeri 2020. Bantuan ini bertujuan untuk membantu ibu-ibu mengurus keperluan selepas melahirkan anak, termasuk pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang. Bantuan ini terbuka kepada semua ibu tanpa mengira bangsa, agama, atau status sosioekonomi dengan syarat berstatus “K”.

Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin

Untuk memohon Bantuan Ibu Bersalin, pemohon mestilah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
  • Pemegang MyKAD Sarawak berstatus “K” atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak berstatus “K”.
  • Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin.

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Residen, Pejabat Daerah, atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak KWKPK. Jika permohonan dilakukan secara dalam talian, dokumen sokongan hanya perlu dilampirkan ketika mengisi borang tersebut.

Dokumen Yang Wajib Disertakan

Pemohon perlu menyertakan:

  1. Salinan kad pengenalan atau pasport ibu.
  2. Salinan kad pengenalan atau pasport pasangan atau penjaga.
  3. Salinan sijil perkahwinan (jika pemohon bukan berstatus “K”).
  4. Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung.
  5. Salinan penyata akaun bank terkini.
  6. Salinan surat pengesahan doktor, nota discaj, atau sijil lahir bayi.

Nota: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum/Ketua Masyarakat. Pengecualian diberikan bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.

Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin

Permohonan Secara Dalam Talian

  1. Log masuk ke portal iSarawakCare.
  2. Ikuti arahan untuk melengkapkan permohonan dan hantar dokumen yang diperlukan.

Permohonan Secara Manual

Borang permohonan boleh didapati dan dihantar ke:

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah.
  • Pejabat Daerah Negeri Sarawak.
  • Pejabat Urus Setia BIB di Kuching, Negeri Sarawak.

Maklumat Penting

  1. Permohonan WAJIB dilakukan bermula pada usia kandungan 22 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin.
  2. Permohonan hanya sah selama 6 bulan dari tarikh permohonan. Kegagalan mengemukakan dokumen lengkap dalam tempoh tersebut akan mengakibatkan permohonan ditolak secara automatik.
  3. Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan boleh dihantar ke mana-mana lokasi yang dinyatakan.
  4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Semakan Bantuan dan Maklumat Lanjut

Pemohon boleh membuat semakan status Bantuan Ibu Bersalin melalui:

  • WhatsApp di talian +6014-6881398 (mesej sahaja).
  • Portal iSarawakCare untuk permohonan secara dalam talian.

Untuk pertanyaan lain, sila hubungi Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin melalui e-mel di bib@sarawak.gov.my atau hubungi talian 082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi hingga 5:30 petang).

Soalan Lazim Bantuan Ibu Bersalin

  1. Bagaimana cara memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?
    • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi web iSarawakCare atau secara manual di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah.
  2. Berapa kali saya boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?
    • Setiap kali melahirkan anak, permohonan boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.
  3. Berapa lama masa yang diperlukan untuk memproses permohonan?
    • Sekurang-kurangnya 60 hari bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar.
  4. Adakah saya masih layak jika mengalami keguguran?
    • Layak jika usia kandungan mencapai 22 minggu dan mempunyai pengesahan daripada pegawai perubatan.
  5. Bagaimana jika tidak mempunyai akaun simpanan persendirian?
    • Pemohon boleh memohon kebenaran dari Setiausaha Tetap KPWK untuk menggunakan akaun suami atau penjaga.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi iSarawakCare.

Baca Juga : Bantuan Beli Motosikal Orang Kurang Upaya 

Leave a Comment