RM50 sebulan menunggu anda! Lihat kelayakan anda untuk Bantuan Bujang dan ketahui cara mudah untuk memohon. Jana pendapatan tambahan dengan bantuan kerajaan ini sekarang!
Baca Juga : Senarai Produk Israel yang Wajib Diboikot
Tarikh Bantuan Bujang dalam MyKad RM50 Disalurkan
Bantuan Sara bernilai RM50 akan disalurkan kepada penerima layak secara berperingkat bermula 1 September 2024 (Ahad), sepanjang bulan September sehingga bulan yang seterusnya.
Proses Bantuan Bujang Disalurkan dalam MyKad September 2024
Setelah diluluskan dan didaftarkan dalam MySara, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun Sara akan disimpan. Penerima menerima elaun bulanan sebanyak RM50 melalui MyKad.
Kedai Terpilih Menggunakan Bantuan Sara dalam MyKad RM50 2024
Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad di 600 rakan runcit seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
Kegunaan Bantuan Sara dalam MyKad RM50 September 2024
Bantuan Sara dalam MyKad boleh digunakan untuk:
- Membeli barang keperluan asas seperti sabun, syampu, ubat gigi.
- Membeli makanan seperti roti, biskut, mi segera, minuman.
- Membeli peralatan belajar seperti alat tulis, buku, pakaian seragam sekolah, kasut.
Pemilihan Penerima Bantuan Sara dalam MyKad RM50 September 2024
Penerima dipilih mengikut kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di Semenanjung Malaysia;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Berstatus bujang, duda, atau janda tanpa anak;
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA/IPTS;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 dan berdaftar di bawah e-Kasih.
Cara Check Bantuan Sara dalam MyKad RM50 September 2024
Cara untuk menyemak penerima Bantuan Sara dalam MyKad RM50 bulan September adalah seperti berikut:
- Layari laman rasmi SARA atau klik pautan ini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Bahagian ‘Check Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad dengan betul tanpa tanda (-). Contoh: 790230116789.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima bulan September akan dipaparkan.
Rujukan
Maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan, sila rujuk pihak berwajib di talian: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900 atau layari: https://mykasih.com.my/contact-us.
Penafian
Maklumat dikongsikan bertujuan untuk memudahkan carian pelawat. Kami tidak meminta sebarang maklumat atau bayaran daripada pelawat. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Baca Juga : Apa itu Pedofilia ? Kenali Ciri-Ciri dan Lindungi Kanak-Kanak!