Anda layak terima Bantuan RM500 BSPT. Semak dan mohon disini!

Ketahui cara memohon Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) RM500 dari Kerajaan Negeri Kedah untuk meringankan beban pesakit kronik. Syarat kelayakan, dokumen diperlukan, dan cara memohon lengkap di sini.

Baca Juga : Permohonan STR ONLINE 2024 

Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT)

BSPT

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Kedah yang bertujuan untuk meringankan beban pesakit kronik terlantar dan keluarga atau penjaga mereka. Inisiatif ini tidak hanya membantu dari segi kewangan tetapi juga menggalakkan keluarga agar terus merawat ahli keluarga yang memerlukan dengan lebih baik, sekaligus memperkukuhkan institusi keluarga.

Kadar Bantuan BSPT


Kerajaan Negeri Kedah menyediakan RM500.00 sebagai bantuan kewangan sekaligus kepada pesakit atau penjaga pesakit kronik yang terlantar.

Kriteria Kelayakan BSPT

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Kedah.
  • Individu yang merupakan pesakit kronik atau mengalami keadaan terlantar akibat penyakit yang berpanjangan, kronik, dan tidak dapat sembuh sepenuhnya.
  • Pesakit yang mengalami keadaan dapat dirawat namun penyakitnya mempengaruhi kemampuan mencari nafkah.
  • Individu yang memerlukan penjagaan atau pengawasan berterusan akibat penyakit kronik.

Cara Memohon Bantuan BSPT


Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang permohonan dari:

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pesakit (jika pemohon adalah penjaga).
  • Salinan Kad OKU / Slip Pendaftaran Sementara OKU (jika perlu).
  • Laporan Perubatan / Memo dari Hospital / Klinik Kesihatan Kerajaan.
  • Salinan Bil Utiliti seperti air/elektrik.
  • Penyata Akaun Bank terkini yang masih aktif.
  • Gambar berwarna pemohon/pesakit (jika pemohon adalah penjaga).

Senarai Penyakit Kronik

  • Kanser
  • Serangan Jantung
  • Hipertensi Pulmonari
  • Penyakit Buah Pinggang Kronik
  • Penyakit Hati Kronik
  • Hepatitis Viral Fulminan
  • Kecederaan Akibat Kemalangan
  • Tumor dan Kecederaan Pembuluh Darah di Otak
  • Kebakaran
  • Pemindahan Organ Utama
  • Penyakit Parkinson
  • HIV/AIDS
  • Pemindahan Anggota

Penyakit lain yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau doktor hospital/klinik kerajaan juga layak.

Maklumat Lanjut


Untuk pertanyaan lebih lanjut, hubungi pejabat kebajikan masyarakat daerah atau pusat khidmat wakil rakyat yang berhampiran. Anda boleh merujuk link yang disediakan untuk maklumat dan borang untuk dicetak serta maklumat lain yang berkaitan.

Baca Juga : Senarai Bantuan JKM Untuk B40 & M40

Leave a Comment