Pastikan permohonan Bantuan BINGKAS RM300 untuk B40 dan M40 diterima! Ikuti panduan lengkap dan tips berkesan di bawah untuk memastikan semua maklumat penting terisi dengan betul, elakkan penolakan dan dapatkan bantuan yang anda perlukan.
Bantuan BINGKAS RM300: Ini panduan lengkap dan cara memohon
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang direka khusus untuk meningkatkan ketahanan kewangan keluarga penduduk Selangor selepas pasca-pandemik. Program ini memberi manfaat kepada 30,000 keluarga dengan bantuan bernilai RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.
BINGKAS bertujuan untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.
Syarat Kelayakan
Program BINGKAS dibuka kepada mereka yang:
Bermula 1 November 2024.
Warganegara Malaysia.
Mempunyai pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Pemilih berdaftar di Selangor.
Keluarga yang mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya dua (2) orang berumur 18 tahun ke bawah.
Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
Cara Permohonan
Untuk memanfaatkan program BINGKAS:
- Layari laman web Bingkas Selangor.
- Log masuk dengan menggunakan maklumat yang diperlukan.
- Ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk melengkapkan permohonan.
Senarai Dokumen Lampiran
Sila pastikan anda telah menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan bersama permohonan anda:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan/atau Pasangan
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam dan pesara)
- Salinan Kad Pengenalan MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan Anak-anak Tanggungan
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk ibu bapa tunggal)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN, Penghulu, Ahli Majlis atau Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja)
Panduan Video Permohonan
Sila pilih kenyataan yang relevan dengan anda dan klik pautan panduan video yang dipaparkan di bawah:
Manfaat
- e-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya yang berdaftar.
- Urus niaga pembelian dilakukan secara tanpa tunai melalui e-Wallet.
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas adalah sebanyak RM300.
- Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak boleh dibawa ke bulan hadapan.
- e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai secara automatik ke tahap RM300 setiap bulan.
Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan:
Hanya jenis barangan yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS.
Panduan Pembelian
Panduan ini membimbing anda melalui proses pembelian menggunakan program BINGKAS.