B40 & M40 Layak Terima Bantuan STR 2025 – Semak jumlah disini

Tahniah, anda berpeluang menerima bantuan kewangan ini! Baca artikel ini hingga habis untuk panduan memohon dan menyemak status dengan mudah. Jangan sia-siakan peluang untuk meningkatkan keadaan kewangan anda dengan bantuan eWallet dari kerajaan.

Melihat kepada peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai daripada kerajaan (STR) pada tahun-tahun yang lalu, peruntukan bagi tahun 2025 adalah yang tertinggi bakal disalurkan kepada 60 peratus (%) rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana.

B40 & M40 Layak Terima Bantuan STR 2025

Oleh kerana peruntukan bagi tahun 2025 dinaikkan, jumlah bayaran juga akan dinaikkan bagi setiap penerima seperti berikut:

Bantuan STR 2025

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kategori Isi Rumah

KelayakanIsi RumahJumlah Bantuan STRTambahan
Pendapatan Rendah0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500+RM900 (Isi rumah tiada rekod eKasih)
+RM1,200 (Isi rumah dalam data eKasih)
Pendapatan Sederhana0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250+RM900 (Semua isi rumah)

Kategori Bujang

KelayakanBujangJumlah Bantuan STRTambahan
Umur 21 hingga 59 tahunRM600–
+RM600 (Bujang dalam data eKasih)
Umur 60 tahun ke atas (Warga Emas)RM600+RM450 (Bujang tiada rekod eKasih)
+RM1,200 (Bujang dalam data eKasih)

Syarat Kelayakan Penerima STR 2025

Kelayakan adalah berbeza bagi setiap kategori namun syarat kelayakan utama adalah penerima haruslah warganegara Malaysia serta memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Isi Rumah

• Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
• Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak;
• Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Warga Emas

• Bujang; atau
• Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan;
• Berumur 60 tahun dan ke atas;
• Pendapatan individu bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Bujang

• Bujang / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
• Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
• Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
• Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan; dan
• Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

Cara Semak Status Bantuan STR 2025

Semakan status penerima Bantuan STR boleh disemak melalui pautan Portal Rasmi seperti berikut:

1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR.
2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No MyKad’ tanpa sengkang (-) contoh: 83XXXXXXXXXX.
3. Klik butang [Log Masuk].
4. Seterusnya, klik [Semak].
5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
6. Masukkan kata laluan yang betul.
7. Klik butang [Log Masuk].
8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
10. Selesai.

Cara Mohon Bantuan STR

Bagi rakyat yang belum membuat sebarang permohonan, berikut adalah cara untuk memohon Bantuan STR:

1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR.
2. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
3. Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
4. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
5. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
6. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
8. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akaun bank yang masih aktif).
9. Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
10. Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
11. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
12. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
13. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tick pada ruangan tersebut.
14. Klik butang [Hantar] di bawah.
15. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
16. Selesai.

*Nota: Sebarang permohonan haruslah mengikut tarikh yang akan diumumkan oleh kerajaan secara rasmi pada tahun 2025.

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

• Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
• Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
• E-mel: str@mof.gov.my

Penafian

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment