Anda pasti terkedu! Resepi Ayam Ungkep Asli Jawa ini pasti jadi kegemaran seisi keluarga!

Sudah bosan dengan masakan harian dan mahu mencuba sesuatu yang betul-betul spesial? Tunggu apa lagi!

Resepi Ayam Ungkep Asli Jawa yang kami kongsikan ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi rasanya juga sangat luar biasa dan pasti membuat anda sekeluarga teruja setiap kali menjamahnya.

Ayam Ungkep Asli Jawa

Anda pasti terkedu! Resepi Ayam Ungkep Asli Jawa ini pasti jadi kegemaran seisi keluarga!

 

Hari tu saya cuba buat ayam ungkep dengan resepi biasa-biasa je, tapi hasilnya kurang memuaskan. Rasa dia macam ada yang tak kena, tak sama langsung macam ayam ungkep yang saya makan kat restoran. So, saya pun tercari-cari resepi yang betul-betul padu.

Kemudian, saya jumpa resepi ayam ungkep ni. Betul-betul lain macam! Bila cuba masak ikut resepi ni, hasilnya memang TERBAIK! Ayam ungkep yang saya buat kali ni lembut, berjus, harum dan rempah dia betul-betul meresap dalam ayam.

Serius, macam ayam ungkep best kat restoran lima bintang tu! Bagi yang belum pernah cuba resepi ni, wajib cuba tau!

 

Resepi Ayam Ungkep Asli Jawa

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 25 – 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang

Bahan-bahan:
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 ketul kenyit hidup
    • 1 biji bawang besar
    • 1 batang serai
    • 10-15 tangkai cili api hijau
    • sedikit air
    • ½ sudu besar jintan manis
    • ½ sudu besar jintan putih
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • ½ ekor ayam
    • ½ sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 sudu kecil garam
    • ½ cawan minyak masak
    • 1-2 batang serai (dititik)
    • sedikit gula
    • garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:
    1. Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, bawang besar, serai diikuti dengan cili api hijau.
    2. Kisar halus semua bahan hiris kasar.
    3. Masukkan jintan manis, jintan putih, dan serbuk ketumbar lalu sangai atau goreng bahan tanpa minyak.
    4. Kemudian, tumbuk halus bahan yang disangai.
    5. Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
    6. Panaskan minyak lalu tumis batang serai dan bahan kisar sehingga kering, naik bau dan pecah minyak iaitu dalam anggaran 10-15 minit.
    7. Masukkan ayam, bahan  rempah yang ditumbuk, asam keping dan sedikit air.
    8. Tutup dan masak ayam sehingga ia empuk.
    9. Selepas masakan kelihatan kering, tambah sedikit gula dan garam secukup rasa.
    10. Kemudian, ayam ungkep siap untuk dihidang.

 

Tip Masakan:
  •  Kuah ayam ungkep yang sedap sememangnya pekat dan bersalut dengan ayam.
  • Jika masakan ayam ungkep kelihatan berlebihan minyak, boleh sudukan keluar minyak berlebihan.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Ayam Ungkep

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang

Bahan-bahan:
  • 1kg ayam – potong 10-12 (agak-agak je)
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1-2 cawan air
  • 1-2 keping asam keping
  • Sedikit minyak

 

  • Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :
    • Lebih kurang 2-3cm halia
    • Lebih kurang 3cm kunyit hidup
    • 12-17 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
    • 10-12 biji bawang merah
    • 5-6 ulas bawang putih
    • 1 sudu kecil biji ketumbar
    • 1 sudu kecil jintan manis
    • 1 sudu kecil jintan putih

 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis serai yg diketuk tadi. Dah naik bau, masukan bahan-bahan yg dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam kecut dan masak.
  3. Tambah air sedikit-sedikit. Kacau sekali sekala untuk memastikan ayam tak hangus atau hancur. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan sedikit perasa pilihan.
  4. Masak hingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih ,tak perlu masak sampai kering.
  5. Aangkat dan hidangkan bersama nasi panas.

 

Tip Masakan:
  • Boleh guna serbuk ketumbar, jintan manis dan putih juga. Pastikan bahan- bahan yang dikisar ditumis sehingga betul-betul pecah minyak jika tidak cili tadi akan membuatkan anda sakit perut.

 

 

Sumber: Che Nom

 

Baca Resepi Lain:

Leave a Comment