Ketahui tarikh rasmi Bantuan STR Fasa 3 2024. Panduan lengkap ini akan membantu anda melalui proses semakan dengan mudah dan cepat
Baca Juga : Semak & Mohon Bantuan JKM September Sekarang
Tarikh Rasmi Bantuan STR Fasa 3
Menurut siaran media Kementerian Kewangan (MOF), bantuan tunai STR akan mula disalurkan kepada penerima sedia ada bermula pada 29 Ogos 2024 (Khamis) ini dan orang ramai boleh mula membuat semakan status pada portal rasmi.
Namun, bagi penerima baharu atau penerima yang lulus rayuan pula, boleh membuat semakan pada tarikh 18 September 2024 (Rabu), oleh kerana bantuan akan dimasukkan pada tarikh tersebut sehingga pada 20 September 2024 (Jumaat).
WAKTU PENYALURAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Waktu penyaluran bantuan tunai STR fasa ketiga (3) adalah berlainan untuk setiap bank seperti berikut:
- Bank Simpanan Nasional: Selepas 6 petang
- Bank Islam: Selepas 8 malam
- Affin Bank: Selepas 8 malam
- Ambank: Selepas 8 malam
- Maybank: Selepas 9 malam
- CIMB Bank: Selepas 9 malam
- RHB Bank: Selepas 9 malam
- Bank Muamalat: Selepas 10 malam
Nota: Kemasukan bantuan tunai STR fasa 3 adalah bermula 29 Ogos 2024 sehingga 20 September 2024.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Jumlah penerima bantuan tunai STR fasa ketiga (3) telah bertambah, kini mencecah seramai 8.5 juta yang merangkumi:
- Isi rumah berpendapatan rendah: 3.0 juta
- Isi rumah berpendapatan sederhana: 1.0 juta
- Warga emas tanpa pasangan: 1.2 juta
- Kategori bujang / balu / janda / duda: 3.3 juta
Ia melibatkan penerima sedia ada dan penerima baru.
SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Bermula pada 29 Ogos 2024, setiap penerima boleh mula membuat semakan status di portal rasmi STR mengikuti panduan berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan [No MyKad].
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
- Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: str@mof.gov.my
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri dengan tujuan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran untuk maklumat yang dikongsikan. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.
Baca Juga : Bantuan Barang Dapur RM300 – Khas untuk B40 dan M40