Bantuan IC RM700 Fasa 3: Semak Status Anda Hari Ini

Semak status bantuan IC RM700 Fasa 3 2024 anda sekarang! Klik untuk ikuti langkah demi langkah dan pastikan anda tidak terlepas bantuan dari kerajaan

Baca Juga : Bantuan MyKad RM700- Sila mohon jika anda B40!

Bantuan IC RM700 Fasa 3

Bantuan IC RM700

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kad pengenalan (MyKad) pada asalnya hanya boleh digunakan untuk pembayaran sentuh dan pergi (touch and go) di tol. Walau bagaimanapun, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan di kedai terpilih secara tanpa tunai (cashless).

Senarai Kedai Menerima Bantuan IC RM700 Fasa 3

Terdapat lebih daripada 600 kedai terpilih yang boleh menerima bayaran menggunakan bantuan dalam MyKad. Antara kedai-kedai tersebut adalah:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • TF Mart
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Lulu Supermarket

Termasuk juga pasar raya dan pasar mini berhampiran.

Negeri Penerima Bantuan IC RM700 

Penyaluran bantuan dalam MyKad hanya melibatkan negeri berikut:

  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Terengganu
  • Pahang
  • Kelantan
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Kedah

Bagi penerima di negeri Sabah dan Sarawak, bantuan diberikan secara tunai.

Jumlah Penerima Bantuan IC RM700 Fasa 3

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah terhad kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Jumlah keseluruhan penerima bantuan dalam MyKad bagi fasa ketiga (3) adalah lebih 700,000 penerima.

Tempoh Penggunaan Bantuan IC RM700 Fasa 3

Apabila penerima dari Semenanjung Malaysia disahkan layak, bantuan akan terus dikreditkan ke dalam MyKad. Sekiranya penerima tidak menggunakan bantuan tersebut, baki akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga tempoh penggunaan iaitu sehingga 31 Disember 2024.

Semakan Status Bantuan IC RM700 Fasa 3

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyemak status bantuan dalam MyKad bernilai RM700 fasa tiga (3):

  1. Layari laman rasmi ‘Semakan Status’ di pautan ini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Isikan ruangan [Nombor MyKad*] dengan betul tanpa tanda sambung (misalnya: 240229035897).
  3. Klik pada butang [Semakan Status].
  4. Status MyKad penerima fasa 3 akan dipaparkan.

Rujukan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan, sila hubungi pihak berwajib di bawah:

  • Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

Penafian

Kami hanya berkongsi maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Kami tidak pernah meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsi. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara.

 

Leave a Comment