PENGUMUMAN TARIKH KEPUTUSAN SPM 2023 DAN CARA SEMAKAN ONLINE 2024
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2023 akan diumumkan pada hari Isnin, 27 Mei 2024. Calon-calon yang mengambil peperiksaan ini di sekolah akan dapat memperolehi keputusan mereka langsung dari sekolah masing-masing mulai jam 10:00 pagi.
Baca Juga : Panduan Semak Keputusan SPM 2023
TARIKH KEPUTUSAN SPM 2023
Keputusan SPM akan disampaikan pada 27 Mei 2024. Calon dari sekolah boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing dari jam 10:00 pagi.
CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM
Ada beberapa cara untuk semak keputusan SPM anda:
- SEMAKAN DI SEKOLAH
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 10:00 pagi pada tanggal 27 Mei 2024. Bagi calon persendirian, slip keputusan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.
- SEMAKAN ONLINE
Calon boleh melakukan semakan keputusan secara online melalui pautan https://www.moe.gov.my/myresultspm untuk mendapatkan slip keputusan, bermula jam 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 hingga jam 6:00 petang, 2 Jun 2024.
- SEMAKAN SMS
Pada mulai 10:00 pagi pada 27 Mei 2024, calon juga boleh membuat semakan melalui SMS dengan menaip “SPM<NoKP><AngkaGiliran>” dan menghantar ke 15888.
SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM
Bagi mereka yang ingin semak semula keputusan SPM, sistem ELP akan dibuka. Setiap permohonan semakan akan dikenakan bayaran RM100 per mata pelajaran. Kaedah bayaran adalah:
- Permohonan Melalui Pos
Gunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Sertakan dengan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan dengan mengokot wang tersebut pada borang supaya tidak hilang. Cek persendirian tidak akan diterima.
- Permohonan Melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
Pembayaran juga boleh dibuat dengan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA atau wang tunai. Cek persendirian tidak diterima.
Untuk informasi lebih lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri anda atau layari Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia atau laman web rasmi KPM di https://www.moe.gov.my.
BACA JUGA :
Bantuan Kewangan Pendidikan Tinggi – Negeri Sembilan
Bantuan Melanjutkan Pelajaran IPT MAIK
DISKAUN BAYARAN BALIK PTPTN 2024