Sebagai langkah untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim percaya bahwa bebanan kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan dengan menyalurkan bantuan tunai kepada golongan B40 (berpendapatan rendah).
Seiring dengan langkah ini, pelbagai bantuan tunai yang akan diberikan khas untuk golongan B40 bagi tahun 2024.
Bagaimanakah cara untuk menyemak senarai status penerima bantuan tunai b40? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
SENARAI BANTUAN TUNAI B40 2024
Berikut adalah senarai bantuan tunai yang akan disalurkan kepada golongan B40 sepanjang tahun 2024 :
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
- Bantuan Awal Ramadhan (BAR).
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Bantuan e-Wallet (BINGKAS).
- Bantuan Khas Penjawat Awam.
- Bantuan Khas Guru Agama, Imam, Bilal, Siak.
KADAR BANTUAN TUNAI B40 2024
Bantuan berasaskan tunai yang disalurkan adalah mengikut kadar yang berbeza, bergantung kepada tiap-tiap penerima seperti yang berikut :
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
KADAR BANTUAN TUNAI BAP |
---|
RM150 untuk setiap murid yang berumur dari 7 tahun hingga 17 tahun. |
- Bantuan Awal Ramadhan (BAR) :
KADAR BANTUAN TUNAI BAR |
---|
RM500 akan diberi sekaligus kepada golongan asnaf yang memerlukan (diberi oleh MAIWP). |
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN TUNAI STR |
---|---|
Isi Rumah pendapatan RM2,500 ke bawah | RM1,000 (0 anak) RM1,500 (1-2 anak) RM2,000 (3-4 anak) RM2,500 (5 ke atas) |
Isi Rumah pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM500 (0 anak) RM750 (1-2 anak) RM1,000 (3-4 anak) RM1,250 (5 ke atas) |
Warga Emas tanpa pasangan | RM600 |
Bujang pendapatan RM2,500 ke bawah | RM350 |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN TUNAI SARA |
---|---|
Isi Rumah berkeluarga | RM1,200 |
Warga Emas tiada pasangan | RM1,200 |
Bujang / Bujang OKU | RM600 |
- Bantuan e-Wallet (BINGKAS) :
KADAR BANTUAN TUNAI BINGKAS |
---|
RM300 setiap bulan disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet |
- Bantuan Khas Penjawat Awam :
JAWATAN PENERIMA | KADAR BANTUAN TUNAI |
---|---|
Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah (termasuk lantikan kontrak) | RM2,000 |
Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk Polis, Bomba, Tentera, Angkatan bersenjata, dan seluruh anggota beruniform) | RM1,000 |
Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen) | RM1,000 |
- Bantuan Khas Guru Agama, Imam, Bilal, Siak :
KADAR BANTUAN TUNAI KHAS |
---|
RM700 bagi menghargai segala jasa dan peranan besar untuk lebih 70,000 orang guru takmir, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti. |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI B40 2024
Sebarang semakan status bagi penerima bantuan tunai B40 hendaklah melalui portal-portal rasmi bantuan seperti berikut :
JENIS BANTUAN TUNAI | PORTAL RASMI SEMAKAN |
---|---|
Bantuan Awal Ramadhan (BAR) | https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/ |
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://www.mykasih.com.my/ |
Bantuan e-Wallet (BINGKAS) | https://www.bingkasselangor.com/ |
RUJUKAN
Kesemua maklumat yang dikongsikan di atas merupakan rujukan daripada Ucapan Belanjawan 2024. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan senarai bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib yang berkait seperti berikut :
MOF : https://www.mof.gov.my/portal/ms/hubungi.
PENAFIAN
Kami hanya berkongsi maklumat berkenaan bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri dengan tujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian maklumat di laman ini. Tidak sama sekali pihak kami meminta maklumat pelawat atau mengenakan apa-apa bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan artikel ini ditulis juga hanyalah untuk sekadar berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapatkan info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan sumber dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf