SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN KASIH 2024 – SEMAK DISINI

Di bawah program yang diiktiraf Kerajaan Persekutuan Malaysia, MyKasih turut menyalurkan bantuan khas bakul makanan bagi membantu menampung kos barangan makanan kepada mereka yang memerlukan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Seramai 700,000 rakyat Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada faedah ini.

Bagaimanakah cara saya menyemak senarai penerima bakul makanan Kasih? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

APAKAH BANTUAN BAKUL MAKANAN MYKASIH

Penerima boleh membeli keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, rempah ratus, produk kebersihan, ubat-ubatan dan peralatan sekolah.

Perkara yang berkaitan dengan program MyKasih akan ditanda untuk rujukan kepada penerima.

Senarai Penerima Bantuan Bakul Makanan

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

BERAPA NILAI BAKUL MAKANAN MYKASIH

Nilai bantuan bakul makanan diagihkan mengikut kategori kelayakan berikut:

KATEGORI
KELAYAKAN
NILAI BANTUAN
Isi rumah berkeluarga /
ibu bapa tunggal yang
mempunyai anak
RM1,200 setahun
Warga emas tiada pasanganRM1,200 setahun
Bujang / Balu / Janda / Duda
yang tiada anak
RM600 setahun

 

CARA MENDAPAT BANTUAN BAKUL MAKANAN KASIH

Penerima akan menerima bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100/RM50 setiap bulan untuk tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Penerima boleh membeli barangan makanan asas daripada kategori produk yang diluluskan dari pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh negara menggunakan MyKad.

SENARAI NAMA PENERIMA BAKUL MAKANAN MYKASIH

Lihat cara menyemak senarai penerima yang layak menerima bantuan bakul makanan bagi tahun 2024 di laman web rasmi MyKasih seperti berikut:

Klik pautan ke laman web rasmi MyKasih di sini: https://www.mykasih.com.my/
Pada halaman utama MyKasih, klik [SEMAK STATUS].
Anda akan dibawa ke bahagian “Semak Status”.
Sila masukkan nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh: 83XXXXXXXXXXXX
Tekan [Semak Status].
Status anda akan dipaparkan.
Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas datang dari portal rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah mengenai bantuan di atas, sila hubungi pihak berkuasa seperti berikut:

Hotline MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel: [email protected]
Halaman Pertanyaan Sokongan MyKasih: https://www.mykasih.com.my/contact-us

PENAFIAN

Kami menyediakan maklumat tentang bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, serta Kerajaan Negeri, untuk tujuan semata-mata untuk menyediakan dan memudahkan carian tetamu. Kami tidak pernah meminta sebarang maklumat tetamu atau mengenakan bayaran untuk memberikan maklumat ini. Tujuan artikel ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan membantu pelawat kekal dimaklumkan tentang maklumat sokongan terkini. Rujukan kepada artikel ini boleh didapati di: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/

Leave a Comment