Semak sekarang untuk mengetahui bagaimana anda boleh menjadi salah satu dari 700,000 penerima bantuan MyKasih. Informasi lengkap dan panduan semakan disediakan untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan yang anda perlukan
Semak Juga : Info Terkini STR Fasa 3 Bermula Ogos Ini
Bantuan MyKasih RM150 Ogos
Dalam usaha kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup, pelbagai bentuk bantuan kewangan disediakan bagi rakyat yang memenuhi syarat. Salah satu inisiatif penting yang patut diberi perhatian ialah Bantuan SARA MyKasih yang akan disalurkan pada bulan Ogos 2024.
Penerima Bantuan SARA MyKasih Ogos 2024
Bantuan ini adalah terhad kepada sejumlah 700,000 penerima pada bulan Ogos, yang akan memberi manfaat secara langsung kepada golongan yang layak.
Tarikh Bantuan SARA MyKasih RM150 Ogos 2024
Penyaluran bantuan akan bermula pada:
- 1 Ogos 2024 (Khamis)
Amaun Penyaluran Bantuan SARA MyKasih Ogos 2024
Jumlah bantuan yang disalurkan berbeza mengikut kategori penerima yang layak:
- Kategori Bujang:
- Umur 19 hingga 59 tahun: RM50
- Umur 60 tahun dan ke atas: RM100
- Kategori Isi Rumah:
- Berpasangan: RM100
- Ibubapa tunggal: RM100
Cara Semak Penerima Bantuan SARA MyKasih RM150 Ogos 2024
Untuk memudahkan semakan, berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti:
- Lawat laman rasmi MyKasih: Laman Rasmi MyKasih
- Di halaman utama, klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semakan Status] untuk melihat status penerima bantuan bagi bulan Ogos.
Rujukan dan Sumber Bantuan
Informasi ini adalah berasaskan data dari Portal Rasmi MyKASIH. Untuk sebarang pertanyaan atau isu berkaitan bantuan, sila berhubung melalui:
- Laman Pertanyaan MyKasih: Kontak MyKasih
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email: info@mykasih.com
Penafian
Artikel ini bertujuan untuk membekalkan informasi mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia serta Kerajaan Negeri dan tidak meminta sebarang data peribadi atau bayaran. Ini adalah untuk memastikan info yang dikongsikan dapat diakses dengan mudah oleh semua.
Penerbitan artikel ini mengacu pada sumber resmi yang bisa diakses melalui Portal SARA FAQ.
Baca Juga : Cara Mohon STR 2024 Secara Online – PANDUAN TERKINI