Resepi Pisang Goreng viral yang lazat dan rangup sama macam gerai tepi jalan!

Sudahkah anda temui rahsia di balik setiap gigitan Pisang Goreng yang membawa anda kembali ke kenangan masa kecil?

Mari kita selami dunia keajaiban dan belajar bagaimana menghidupkan kembali memori tersebut melalui Resepi Pisang Goreng yang rangup dan semestinya buat anda ketagih!

Resepi Pisang Goreng

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Pisang Goreng viral yang lazat dan rangup sama macam gerai tepi jalan!

 

Bayangkan aroma pisang goreng yang hangat, menggoda setiap deria saat berjalan melewati gerai-gerai di tepi jalan. Siapakah yang dapat menolak kesempurnaan pisang yang dilapisi oleh adunan tepung yang renyah, kemudian digoreng hingga keemasan? Resepi pisang goreng bukan hanya tentang menggoreng pisang, ia adalah seni menggoda selera, membangkitkan kenangan, dan mencipta momen indah bersama orang-orang tersayang.

Mari kita selami bersama ke dalam dunia memasak yang penuh dengan aroma memikat ini, dan ketahui bagaimana kita dapat menciptakan resepi Pisang Goreng ini di rumah dengan mudah.

 

Resepi Pisang Goreng

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 10-20 biji

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan:
    • 2 cawan tepung beras
    • 1 cawan tepung jagung
    • 3 sudu besar tepung gandum
    • 1 biji telur
    • 2-3 titik pewarna kuning
    • 2-3 sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil gula
    • 2 sudu kecil air kapur
    • 1-2 sudu besar majerin panas
    • Atau ¼ cawan minyak masak panas
    • Air secukupnya
    • Pisang secukupnya
    • Minyak untuk menggoreng
    • 1½ sudu besar bijan (pilihan)

 

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk pisang goreng:

    1. Kupas kulit pisang dan bahagi kepada 2 atau 3 bahagian (Pisang Abu atau Pisang Awak). Untuk pisang tanduk, potong menyerong.
    2. Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, garam, gula dan pewarna kuning (pilihan).
    3. Pecahkan telur dalam bekas berasingan dan pukul.
    4. Panaskan dan cairkan majerin (boleh ganti minyak masak tapi panaskan dulu juga).
    5. Bancuh pes kapur makan dengan sedikit air.
    6. Dalam adunan kering tadi, masukkan telur, air kapur, dan air sedikit demi sedikit sampai larut sebati.
    7. Masukkan majerin cair dan bijan (pilihan) dan kacau sebati.
    8. Panaskan minyak, celup pisang dalam adunan tepung dan goreng.
    9. Bila tepung dah mula keras, pisahkan pisang dan terbalikkan.
    10. Bila dah garing kedua belah, boleh angkat dan toskan minyak.

 

Resepi Bancuhan Tepung Untuk Goreng

Versi Tepung Beras:

Saya guna tepung cap teratai, tepung ni memang elok untuk goreng-goreng. Saya bagi sukatan cawan ye senang, kalau nak buat banyak boleh gandakan sukatan.

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1 sudu teh gula, gula ni gunanya untuk merangupkan lagi tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 11/2 cawan air
  • Pewarna kuning telur, saya guna yang serbuk, warna dia soft
  • Bancuhan ni dah cukup, tak cair sangat tak pekat sangat

 

Versi Tepung Gandum:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2 sudu minyak
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 11/2 cawan air

 

  • Untuk versi ni, tak perlu pewarna, sebab tepung kastard dah kuning.
  • Bancuh semua, nak senang, blendkan saja.
  • Kalau nak blend, masukkan air dulu baru tepung, jadi tak melekat tepung dekat jug blend tu. Ikut la mana-mana versi resepi yang disukai.

 

Cara Menggoreng:

1.Panaskan minyak, betul-betul panas ya kalau nak dapatkan kerak-kerak dia.

2.Masukkan pisang, jangan penuh sangat dekat kuali, bila dah cukup, terus terbalikkan, tak nak nanti pisang melekat satu sama lain.

3.Kecilkan sikit je api, bagi pisang tak rentung, tapi jangan kecil sangat, nanti tepung lemau dan serap minyak.

4.Kalau untuk roti, tak perlu balikkan ya, biar dia kekuningan baru terbalikkan, cukup sekali balik je.

 

Sumber:

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment