Resepi Kerabu Mangga viral yang mudah, sedap dan fresh ala Thai!

Sudahkah anda merasai keajaiban rasa yang tersembunyi di dalam Kerabu Mangga? Mari bersama mengungkap misteri ini dengan belajar resepi yang akan mengubah pandangan anda terhadap salad tradisional ini!

Resepi Kerabu Mangga

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Kerabu Maggi viral yang mudah, sedap dan fresh ala Thai!

 

Resepi Kerabu Mangga yang akan kami kongsikan ini bukan sahaja membangkitkan selera, tetapi juga membawa anda merentasi kepelbagaian citarasa Malaysia. Bersedia untuk memasuki dunia rasa yang penuh warna dan keajaiban, di mana setiap gigitan bukan sekadar makanan, tetapi pengalaman rasa masam, manis, pedas dan masin yang membentuk simfoni di mulut anda. Ini bukan sekadar salad, ini adalah pesta rasa yang akan membuat anda jatuh cinta pada suapan pertama.

Resepi Pertama Kerabu Mangga

  • Masa Penyediaan: 20 Minit
  • Masa Memasak: 15 Minit
  • Jumlah Hidangan: 3 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan A:
    • 2 biji mangga epal,diparut memanjang.
    • 1 kuntum bunga kantan,dihiris halus.
    • 1 biji bawang besar.

 

  • Bahan-bahan lain:
    • 10 biji cili padi,dihiris,kalau mahu pedas,boleh tambah bilangan cili padi itu.
    • Udang kering,digoreng tanpa minyak,sampai naik bau dan ditumbuk separa hancur.
    • Kacang tanah,digoreng tanpa minyak,dibuang kulit dan tumbuk separa hancur.
    • 3 sudu besar jus limau nipis.
    • 2 sudu besar sos ikan.
    • Gula dan garam secukup rasa.

 

Cara Penyediaan:
  1. Campurkan bahan-bahan A dan gaul sehingga mesra.
  2. Masukkan pula kacang tanah dan udang kering.
  3. Masukkan cili api,sos ikan,gula dan garam ke dlm jus limau nipis.Kacau sebati.
  4. Tuang bancuhan jus limau nipis ke dlm bahan campuran mangga tadi.
  5. Gaulkan sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis,masam dan masin kerabu tersebut.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

 

Resepi Kedua Kerabu Mangga

Bahan-bahan:
  • Mangga (diracik)
  • Udang kering (disangai & kisar kasar)
  • Kacang goreng (ditumbuk)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Serai
  • Cili padi
  • Air limau nipis
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Sos sotong @ ikan
  • Garam
  • Gula secukup rasa

 

Cara Penyediaan:
  • Semua bahan diracik @ dihiris @ dimayang halus, kemudian campurkan semua sekali. Gaul sehingga sebati.

  • Sesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

 

Sumber:

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment