Resepi Putu Mayam: Ini resepi warisan asli turun temurun!

Mari kita pelajari resepi Putu Mayam yang lazat dan tradisional, agar kita dapat menikmatinya pada bila-bila masa di rumah.

Resepi Putu Mayam

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Putu Mayam: Ini resepi warisan asli turun temurun!

 

Putu Mayam dikenali sebagai salah satu hidangan tradisional yang mendapat tempat istimewa di hati rakyat Malaysia, warisan kulinari yang kaya dengan sejarah dan tradisi. Hidangan ini diperbuat daripada tepung beras dan dihidangkan bersama gula Melaka dan kelapa parut, memberikan rasa yang unik dan menyelerakan.

Walaupun asal usulnya sering dikaitkan dengan masyarakat India di Malaysia, Putu Mayam telah melangkaui sempadan kaum dan kini digemari oleh semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Ia wujud bukan sahaja sebagai pencuci mulut, tetapi juga sebagai simbol gabungan dan kepelbagaian budaya Malaysia.

 

Resepi Putu Mayam

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 5-7 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk putu mayam:
    • 2 cawan / 260g tepung beras
    • 2 cawan / 475ml air (masuk sikit-sikit)
    • 1 sudu kecil garam
    • 1-2 sb minyak masak
    • 1/2 biji kelapa parut
    • Sedikit garam
    • Gula perang
    • Gula merah

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk doh putu mayam:
    1. Gris acuan dengan minyak (sebelah dalam) dan nyiru buluh tempat untuk terap (kalau tak ada boleh ganti tudung periuk atau loyang).
    2. Sukat dan masukkan tepung beras dalam kuali. Sangai selama 5-7 minit atau sampai panas dan tepung rasa ringan.
    3. Angkat tepung dan ketepikan.
    4. Sukat masuk air dalam kuali dan masak air sampai mendidih.
    5. Bila air hampir mendidih masukkan garam dan kacau sebati. Tutup api bila air dah mendidih.
    6. Tuang masuk minyak dalam tepung beras tadi dan gaul sebati.
    7. Tuang masuk air panas tadi sedikit demi sedikit dan kacau sebati sampai jadi doh yang bergumpal. Che Nom tak guna semua air, jumlah air anggaran 1 1/2 cawan saja.
    8. Sejukkan doh anggaran 5 minit.
    9. Bila doh dah suam, gris tangan dengan minyak dan uli sampai doh tak melekat.
    10. Masukkan doh dalam acuan dan terap doh atas nyiru buluh atau loyang (kalau guna loyang seloknya lapik dengan daun pisang) yang digris tadi.
    11. Panaskan air kukusan sampai mendidih dan carik masuk dan pandan (pilihan).
    12. Bila air dah mendidh, kukus putu mayam anggaran 5-7 minit.
    13. Keluarkan dan susun atas pingan.

 

  • Cara-cara untuk kelapa parut:
    1. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.
    2. Kukus kelapa parut anggaran 5 minit.
    3. Keluarkan kelapa parut dan sejukkan.

 

  • Cara-cara untuk gula:
    1. Campur gula perang dan gula merah.
    2. Kacau sampai gula sebati.

 

Rujukan video untuk penyediaan Putu Mayam:

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment