Terlajak sedap! Resepi Nasi Goreng Kampung mudah dan cepat, semua patut cuba

Adakah anda mahu mencuba sesuatu yang memukau selera? Cuba resepi Nasi Goreng Kampung yang pasti bikin anda teruja!

Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang cepat, siapa sangka untuk menikmati hidangan seistimewa ini? Terlajak sedap sampai tak cukup satu pinggan!

Resepi Nasi Goreng Kampung

Terlajak sedap! Resepi Nasi Goreng Kampung mudah dan cepat, semua patut cuba

 

Kalau korang pun pernah kecewa dengan nasi goreng kampung korang sebelum ni, wajib cuba resepi ni. Confirm tak menyesal! Saya siap tambah sambal belacan lagi, memang giler sedap. Anda pun mesti cuba, baru tahu betapa best dia punya rasa. Jangan lupa bagi tahu kat kawan-kawan kalau dah cuba, biar semua tahu rahsia resepi nasi goreng kampung ni!

 

Resepi Nasi Goreng Kampung

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 4-5 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan nasi goreng kampung:
    • 4 cawan nasi sejuk
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang merah kecil
    • 6-8 tangkai cili padi
    • 2 sudu besar ikan bilis
    • 1 ketul isi ayam
    • 1 ikat kangkung
    • 1 inci belacan
    • 1 sudu kecil garam
    • 2 biji telur
    • 1-2 sudu besar kicap manis
    • 1-2 sudu besar sambal belacan
    • 1 cawan ikan bilis
    • Timun
    • Cili merah

 

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk nasi goreng kampung:

    1. Daun kangkung, potong dan asingkan batang dan daun.
    2. Isi ayam buang lemak dan tulang kemudian potong kepada ketulan kecil.
    3. Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
    4. Potong kasar cili padi.
    5. Tumbuk halus ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan cili padi.
    6. Panaskan minyak dan goreng telur. Kacau biar hancur. Angkat dan ketepikan.
    7. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
    8. Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
    9. Masukkan belacan bakar dan isi ayam. Kacau sampai ayam separuh masak.
    10. Masukkan batang kangkung dan sambal belacan (lebihkan belacan dan cili padi kalau tak nak masuk sambal belacan).
    11. Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati.
    12. Masukkan garam, telur, daun kangkung, kicap pekat manis dan ikan bilis goreng (simpan sikit untuk taburan akhir). Kacau sebati
    13. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, hirisan timun dan cili merah.

 

Tip Masakan:
  • Nasi perlu simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum masak untuk dapatkan tekstur nasi goreng yang berderai dan garing.
  • Kalau tak nak masukkan sambal belacan, boleh lebihkan cili padi dan belacan bakar.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Pes Nasi Goreng Kampung

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 5 minit
  • Jumlah Hidangan: 1 orang

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk pes perencah nasi goreng:
    • 2-3 biji bawang besar
    • 6-8 biji bawang merah kecil
    • 8 ulas bawang putih
    • 6-8 tangkai cili merah
    • 120g / 55 tangkai cili padi
    • Ikan bilis
    • 1/2 inci belacan
    • 1 cawan minyak masak
    • 2 ketul kiub ikan bilis
    • 2 sudu kecil garam

 

  • Bahan-bahan untuk nasi goreng:
    • Minyak masak
    • Sedikit isi ayam
    • 1 biji telur
    • 2 sudu besar pes nasi goreng
    • Lobak merah
    • Kangkung
    • 1 cawan nasi sejuk
    • Kicap pekat manis
    • Timun
    • 1 biji telur
    • 1/4 sudu kecil garam
    • Sedikit serbuk kunyit
    • Keropok
    • Ikan bilis goreng

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk pes perencah nasi goreng:
    1. Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil dan bawang putih. Pes nasi goreng ni kita kena lebihkan bawang.
    2. Cili merah besar buang tangkai dan potong kasar.
    3. Untuk lebih pedas kita tambah cili padi merah dan hijau, buang tangkai je.
    4. Ikan bilis segenggam. Lepas basuh rendam sekejap dalam air (nak bagi lembut dan mudah kisar).
    5. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar. Bawang, cili, belacan dan ikan bilis (masukkan sekali air rendaman).
    6. Terus kisar kasar.
    7. Panaskan minyak
    8. Bila minyak dah panas tuang masuk bahan kisar.
    9. Tumis sampai masak garing.
    10. Tambah kiub pati ikan bilis, nanti bila guna untuk masak nasi goreng dah tak perlu tambah macam-macam lagi dah.
    11. Bila pes dah mula garing dan pecah minyak, masuk sedikit garam dan sambung kacau.
    12. Dah masak boleh tuang masuk dalam bekas dan ketepikan dulu.

 

  • Cara-cara untuk hidangan sampingan:
    1. Untuk sayur, kita guna ja sayur yang kita suka, guna lobak merah. Kupas kulit lobak dan potong dadu.
    2. Potong daun dan batang kangkong. Siapa peminat kangkong, boleh letak dalam nasi goreng.
    3. Timun boleh hiris untuk hiasan masa hidang.
    4. Pecahkan 2 biji telur, kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit. Pukul telur.
    5. Panaskan minyak dan goreng telur.
    6. Bila dah masak boleh angkat dan potong 4.
    7. Goreng keropok. Hidang dengan keropok, apa-apa jenis pun boleh.
    8. Lepas angkat keropok, kita goreng ikan bilis pulak.

 

  • Cara-cara untuk nasi goreng kampung:
    1. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam.
    2. Kacau isi ayam separuh masak.
    3. Masukkan telur dan kacau bagi hancur kasar.
    4. Masukkan pes nasi goreng.
    5. Masukkan lobak merah dan sayur kangkong.
    6. Masukkan nasi dan kacau sekata.
    7. Tambah sedikit kicap manis untuk tambah lagi rasa.
    8. Garam boleh rasa kalau perlu ke tidak sebab pes tadi dah masin.
    9. Ok dah siap, boleh hidang dan hias dengan taburan ikan bilis, keropok, telur dadar dan timun.

 

Tip Masakan:
  • Minyak bekas goreng ikan bilis, kita guna untuk goreng nasi, tu lah rahsia nak lebih sedap. Keluarkan sikit kalau banyak sangat minyak. Sebab pes tu pun dah berminyak.
  • Resepi nasi goreng kampung ni untuk portion 1 orang makan, kalua nak masak untuk 2-3 orang makan, gnadakan saja bahan-bahan tadi.
  • Pes boleh masuk dalam botol kaca dan simpan dalam peti sejuk, tahan berbulan-bulan.

 

 

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment