TERKINI : Bantuan khas Aidilfitri RM1000 untuk penjawat awam

Penjawat awam Pahang menerima bantuan khas Aidilfitri  sebanyak RM1,000

 

BANTUAN KHAS AIDILFITRI 

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang akan menerima bayaran bantuan khas Hari Raya berjumlah RM1,000.

Malam tadi, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengumumkan perkara tersebut semasa Majlis Penyerahan Baucar Moh Balik Beraya ke Pahang di sini.

Dalam ucapan terdahulunya, Wan Rosdy mengumumkan bahawa kerajaan Pahang telah mengeluarkan sebanyak RM100 juta melalui Bantuan Prihatin Pahang sejak diperkenalkan pada tahun 2022 hingga akhir tahun lepas. 

Beliau menyatakan bahawa antara bantuan yang telah disalurkan melalui inisiatif tersebut termasuk bantuan sebanyak RM300 kepada bayi yang lahir di Pahang, bantuan sebanyak RM100 kepada setiap murid Tahun 1, bantuan sebanyak RM300 kepada setiap pasangan yang berkahwin kali pertama, dan bantuan sebanyak RM750 kepada setiap jemaah haji.

 

“Selain itu pada tahun ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menubuhkan Tabung Prihatin Pahang dengan peruntukan RM5 juta yang merupakan satu lagi inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat dalam kalangan B40,” katanya.

 

“Selain itu bantuan RM100 juga diberikan kepada setiap pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), serta bantuan RM300 kepada setiap pasangan yang berkahwin kali pertama.

 

Menurutnya, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) juga diberikan bantuan kad kesihatan bernilai RM500 untuk memungkinkan mereka mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan di klinik-klinik swasta.

 

Wan Rosdy menyatakan bahawa kerajaan negeri bercadang untuk meneruskan Program Penyerahan Baucar Moh Balik Beraya ke Pahang pada tahun depan disebabkan sambutan luar biasa dari rakyat Pahang yang berada di luar negeri pada malam tersebut. 

 

Bagi edisi pertama program tersebut, sebanyak 5,000 anak Pahang yang tinggal di luar negeri telah menerima baucar minyak bernilai RM50 setiap seorang, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM250,000.

 

“Jumlah keseluruhan data pemohon untuk bantuan ini hingga 24 Mac lepas adalah seramai 22,000 pemohon,” katanya menambah majoriti permohonan diterima dari Selangor dan Kuala Lumpur.

 

Katanya, program tersebut juga memberi peluang kepada anak-anak Pahang yang tinggal di luar negeri untuk berinteraksi secara akrab dan mempererat hubungan dengan kepimpinan negeri.

 

Sumber : Berita Harian, Astro Awani

 

BACAAN LAIN

 

Leave a Comment