Bantuan Kewangan RM500 Penjagaan OKU: Permohonan Dibuka!

Permohonan bantuan kewangan RM500 untuk Penjagaan OKU kini dibuka. Mohon sekarang!

Bantuan kerajaan bagi Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pesakit OKU /pesakit terlantar/pesakit kronik.

TUJUAN BANTUAN KEWANGAN BPT

  • Kurangkan beban keluarga/penjaga
  • Galakkan keluarga/penjaga menjaga ahli keluarga yang kurang upaya/sakit/sakit kronik.

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BPT

  • Warganegara dan penduduk Malaysia
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/menyediakan rawatan rapi kepada orang kurang upaya/pesakit terlantar katil/pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000; bantuan kebajikan ditadbir mengikut Senarai Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

 

CARA MOHON BANTUAN BPT

Mohon disini.

Permohonan bantuan kewangan diuruskan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan disiasat secara means-tested untuk menilai kelayakan bantuan kepada pemohon. Prinsip utama adalah penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak.

Semak direktori Pejabat Kebajikan Masyarakat disini.

Pemohon diminta membawa dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dokumen lain yang berkaitan

 

BORANG PENTING

 

MAKLUMAT LANJUT

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

TELEFON : +603-8000-8000

Aduan : pro_jkm@jkm.gov.my

RUJUKAN PENTING

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment