Resepi Nasi Daging “Surrr” Ini Buat Ramai Menggelupur, Dijamin Tak Cukup Sepinggan!

Resepi Nasi Daging yang buat anda terpukau! Ketahui rahsia di sebalik hidangan menggiurkan ini, kenapa ramai menggelupur nak tambah lagi? Dijamin sepinggan tak cukup!

Resepi Nasi Daging

Resepi Nasi Daging “Surrr” Ini Buat Ramai Menggelupur, Dijamin Tak Cukup Sepinggan!

 

Cerita ni betul-betul kena dengan pengalaman saya. Hari tu saya ada cuba masak Nasi Daging, tapi hasilnya macam nasi daging biasa je, tak ada yang istimewa. Tapi lepas jumpa resepi baru ni, segala-galanya berubah!

Rasa nasi dan dagingnya memukau, sebijik macam yang kita selalu makan di restoran mewah. Serius, tak sia-sia cuba resepi ni, memang berbaloi! Jangan tunggu lagi, klik untuk rahsia penuh resepi Nasi Daging yang superb ini!

 

Resepi Nasi Daging Air Asam Utara

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 6 orang

Bahan-bahan:
  • 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
  • 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3″x4″
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan sudu cair
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 -2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
  • Sedikit kismis hitam

 

  • Bahan untuk rebusan daging:
    • 1 sudu besar rempah kurma
    • 2 inci halia, hiris nipis
    • Air dalam anggaran 7 cawan lebih

 

  • Bahan untuk ditumis:
    • 1 biji bawang besar, hiris nipis
    • 5 ulas bawang putih, hiris nipis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 2 batang kayu manis
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 6 biji buah pelaga

 

  • Bahan untuk air asam:
    • 1 biji bawang besar, hiris nipis
    • 2 biji tomato, potong kecil
    • 6 biji cili merah, potong kecil
    • 1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
    • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
    • 2 sudu besar sos ikan Thai
    • 3 sudu besar gula
    • 1-2 sudu kecil garam
    • 1 sudu besar kerisik
    • Sedikit perahan jus limau nipis

 

Cara Penyediaan:
  • Cara untuk memasak:
    1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
    3. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
    4. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

 

  • Cara untuk air asam:
    • Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

 

Tip Masakan:
  • Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.

 

Resepi Nasi Daging & Air Asam Kerisik Utara

  • Masa Penyediaan: 45minit
  • Masa Memasak: 1 jam
  • Jumlah Hidangan: 6-7 orang

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk rebusan daging:
    • Anggaran 1 kilo daging
    • 1 inci halia
    • 1 ulas bawang putih
    • 1-2 sudu kecil rempah kurma
    • 1 sudu kecil lada hitam biji
    • 1 sudu kecil garam
    • 7-8 cawan air

 

  • Bahan-bahan untuk air asam kerisik:
    • 1/4 cawan minyak masak
    • 1 biji tomato
    • 1 biji bawang besar
    • ½ biji tomato (kisar bersama anggaran ¼ bawang besar)
    • 1 inci belacan
    • 1 cawan air asam jawa
    • sedikit garam
    • 1-2 sudu besar gula
    • 1 sudu besar kicap manis
    • 6-10 tangkai cili padi
    • 2 sudu besar kerisik
    • Sedikit perahan limau nipis

 

  • Bahan-bahan untuk nasi:
    • 150g tepung beras
    • 125g majerin
    • ¼ cawan minyak masak
    • 2 sudu besar mentega
    • 3 ulas bawang putih
    • ¼ biji bawang holland
    • 2 helai daun pandan
    • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 3 cengkih)
    • 1 sudu besar rempah kurma
    • 1 sudu besar rempah briyani
    • Akar ketumbar
    • Batang sup
    • 1 biji tomato
    • 3 cawan beras
    • 1 mangkuk kecil kismis
    • 4 ½ cawan air rebusan daging
    • ½ cawan susu cair
    • Sedikit garam
    • ½-1 kiub ayam
    • Daun ketumbar
    • Bawang goreng

 

  • Bahan-bahan untuk sup:
    • Baki air rebusan daging
    • Sedikit garam
    • 1 sudu kecil lada sulah
    • Batang/daun sup

 

  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • Daun salad
    • Daun ketumbar
    • Bawang goreng

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk sup:
    1. Rebus daging bersama hirisan halia, bawang putih dan air.
    2. Masukkan rempah kurma, lada hitam biji, dan sedikit garam. Rebus sehingga daging lembut lebih kurang dalam 45-60 minit.
    3. Masak baki air rebusan daging dengan sedikit garam, lada sulah dan batang/daun sup. Masak sehingga mendidih.

 

  • Cara-cara untuk air asam kerisik:
    1. Kisar halus tomato, bawang besar, belacan bakar, air asam jawa, sedikit garam dan gula.
    2. Masukkan bahan kisar bersama hirisan tomato dan bawang besar, kerisik, sedikit perahan limau nipis, cili padi dan sedikit garam serta gula. Gaul dan ramas sekata kesemua bahan.
    3. Masukkan kicap manis dan tambah air jika terlalu pekat

 

  • Cara-cara untuk nasi:
    1. Rendam beras selama 1 jam.
    2. Tapis dan toskan air rendaman.
    3. Bancuh rempah briyani dan rempah kurma bersama air.
    4. Panaskan minyak. Goreng hirisan bawang merah kecil sehingga garing.
    5. Tumis hirisan nipis halia, bawang putih dan bawang holland serta simpulan daun pandan, mentega, rempah 4 sekawan, bancuhan rempah, akar ketumbar, batang sup dan hirisan tomato. Tumis sehingga tomato hancur dan rempah garing.
    6. Masukkan beras dan goreng selama 3-4 minit.
    7. Tambah kismis, air rebusan daging, sedikit garam, susu cair dan kiub ayam (pilihan).
    8. Susun daging dan tulang diatas beras lalu masak sehingga nasi kering dan lembut.
    9. Selepas nasi sudah masak, tabur daun ketumbar dan bawang goreng diatas nasi.
    10. Biarkan nasi rehat seketika dan sedikit sejuk sebelum digaul.

 

  • Cara-cara untuk hidangan:
    1. Keluarkan daging didalam nasi dan hiris nipis.
    2. Hidangkan dengan hiasan daun salad, hirisan daging, taburan bawang goreng, daun ketumbar dan limau nipis.
    3. Kemudian, nasi daging siap untuk dihidangkan bersama air asam kerisik serta sup kosong.

 

Tip Masakan:
  • Air rebusan daging mestilah lebih sukatannya untuk digunakan memasak nasi dan sebagai sup.
  • Air sukatan untuk digunakan memasak nasi adalah satu cawan beras bersamaan 1 cawan air. Contohnya, 3 cawan beras bersamaan 4 cawan air rebusan daging.
  • Kacau dan ramas air asam kerisik menggunakan tangan ketika menggaul kesemua bahan untuk menambah lagi kesedapannya.
  • Selain mentega, boleh juga digantikan dengan minyak sapi.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Sumber: Che Nom

 

Baca resepi lain:

Leave a Comment