Semak update terkini bantuan MyKad Madani RM600 untuk tahun 2024 dan pastikan anda layak. Baca lebih lanjut untuk info lengkap dan panduan semakan.
APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI 2024
Bantuan MyKad Madani adalah bantuan tambahan daripada Kerajaan Madani khusus buat golongan miskin, miskin tegar, dan bukan miskin. Dana bantuan ini akan dikreditkan melalui MyKad penerima sepanjang tahun bagi memastikan tiada golongan terpinggir.
BILAKAH BANTUAN MYKAD MADANI RM600 TERBARU 2024 DISALURKAN
Penyaluran Bantuan MyKad Madani yang terbaru mengikut jadual adalah sebagai berikut:
Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang:
- Bermula: 01/08/2024 (Khamis) hingga 01/12/2024 (Ahad)
Negeri Sabah, Sarawak, dan Labuan:
- Bermula: 12/08/2024 (Isnin)
BERAPAKAH BANTUAN MYKAD MADANI TERBARU 2024 DISALURKAN
Jumlah Bantuan MyKad Madani yang disalurkan adalah sebagai berikut:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (SEMENANJUNG MALAYSIA) | JUMLAH BANTUAN (SABAH DAN SARAWAK) |
Isi Rumah | RM100 hingga RM600 | RM600 |
Warga Emas | RM100 hingga RM600 | RM600 |
Bujang | RM50 hingga RM300 | RM300 |
CHECK STATUS BANTUAN MYKAD MADANI RM600 TERBARU 2024
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak status Bantuan MyKad Madani:
- Lawati Laman Check Status Rasmi.
- Skrin akan memaparkan bahagian ‘Check Status’.
- Masukkan Nombor MyKad tanpa tanda sengkang (-) contoh: 870230116789.
- Masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Check Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
Selesai.
RUJUKAN
Maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
- Laman Bantuan: https://mykasih.com.my/contact-us/
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: info@mykasih.com
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri bertujuan untuk memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Rujukan artikel ini berdasarkan Portal Rasmi dari: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat membantu dalam memahami lebih lanjut mengenai Bantuan MyKad Madani RM600 terbaru.