Nak Kurus & Jimat? 6 Resipi Diet Eat Clean Bajet Ini Jawapannya!

Nak kurus dengan cara jimat dan mudah? Temui rahsia 6 resipi diet Eat Clean bajet ini yang pasti akan mengejutkan anda!

Ketahui cara makan sihat tanpa membebankan poket. Baca sekarang dan ubah hidup anda hari ini!

6 Resipi Diet Eat Clean Bajet

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Nak Kurus & Jimat? 6 Resipi Diet Eat Clean Bajet Ini Jawapannya!

 

Untuk anda yang sedang mengamalkan diet sihat, tentunya anda pernah terfikir atau tertanya-tanya jika terdapat resepi ‘eat clean’ yang bajet. Kaedah diet ini bukan sahaja boleh membantu perut anda, tetapi juga poket anda.

Di samping itu, diet jenis ini juga merupakan salah satu cara makan yang paling sihat dan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan seperti diet lain.

Persoalannya, apakah contoh menu diet ‘eat clean’ yang menjimatkan yang anda boleh cuba? Mari kita baca artikel ini!

 

Apa itu Diet ‘Eat Clean’ dan Manfaatnya?

Untuk pengetahuan semua, diet ini sudah lama dicipta dan diamalkan sejak tahun 1960 lagi. Ia merupakan idea ciptaan Tosca Reno dalam bukunya ‘Eat Clean Diet‘.

Diet ‘clean eating’ adalah pola makan yang bertujuan bukan sahaja untuk membantu menurunkan berat badan, tetapi juga mengatur gaya hidup agar tubuh badan menjadi lebih sihat. Prinsip dasar pola makan ini adalah hanya mengambil hidangan dari bahan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin dan daging haiwan.

Yang paling penting, pengamal diet ini tidak akan makan hidangan yang telah melalui proses penyediaan atau perkilangan seperti snek, makanan yang diproses, awet, tin, sejuk beku dan sebagainya.

Food and Nutrition Research juga telah mengakui bahawa kaedah ‘eat clean’ ini adalah salah satu daripada jenis diet terbaik.

 

Bagaimana Cara Amalkan Diet ‘Eat Clean’?

Seperti yang dinyatakan di atas, diet ‘clean eating’ ini diamalkan dengan cara hanya makan hidangan segar, bersih, suci dan sihat, sesuai dengan namanya.

Selain itu, terdapat beberapa petua penting jika anda mahu bereksperimen dengan diet ini:

  • Meningkatkan pengambilan serat
  • Mengutamakan pengambilan karbohidrat
  • Menilai setiap zat-zat dalam hidangan
  • Mengawal waktu dan kuantiti hidangan
  • Memasak makanan dengan cara sihat
  • Minum air kosong secukupnya

Dengan mengamalkan tip-tip di atas, anda mungkin sudah boleh bergelar pengamal resepi diet ‘eat clean’.

Contoh Resepi ‘Eat Clean’ Bajet
Jika anda ingin menjimatkan duit, tetapi dalam masa yang sama mahukan perut yang sihat, cuba resepi ‘eat clean’ berikut:

Resepi 1: Nasi Putih dengan Lauk Daging dan Ulam

Sebagai makanan ruji masyarakat kita, anda boleh cuba makan nasi putih bersama lauk daging merah seperti lembu, kambing, kerbau dan lain-lain. Namun, ia perlu dimasak secara sihat seperti merebus, kukus atau bakar, disertakan bersama dengan hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.

 

Resepi 2: Nasi Putih dengan Lauk Ayam dan Ulam

Selain daging, anda boleh tukar resipi kepada ayam. Nasi putih yang dimakan bersama lauk ayam pasti boleh membangkitkan selera anda yang sedang berdiet. Untuk mengikut kaedah diet ‘eat clean’, elakkan menggoreng ayam. Sebaliknya, ayam perlulah dimasak dengan cara merebus, kukus atau bakar. Lengkapkan hidangan dengan ulam-ulaman dan buah-buahan segar.

 

Resepi 3: Nasi Putih dengan Lauk Ikan dan Ulam

Jika sudah jemu makan daging atau ayam, anda boleh makan nasi putih bersama lauk ikan yang direbus, dikukus atau dibakar. Jangan lupa letakkan hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.

 

Resepi 4: Bubur Nasi dan Sup

Sudah bosan makan nasi? Cuba resipi bubur pula. Gunakan kreativiti anda dengan menambah ramuan sihat ke dalam hidangan bubur seperti sayur, buah, daging dan lain-lain, asalkan ia menyelerakan serta menyihatkan.

 

Resepi Sayur ‘Eat Clean’

Sayur-sayuran hijau merupakan komponen yang paling penting dalam diet anda. Diet sayur-sayuran ini dapat mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes dan juga kanser.

 

Berikut adalah beberapa cara penyediaan sayur-sayuran:

Resepi Sayur 1: Salad Telur

Jika anda bosan dengan nasi, cuba salad yang dicampur dengan sayur-sayuran hijau, buah-buahan segar, telur serta sos atau krim kegemaran. Cara penyediaannya juga mudah. Anda cuma perlukan sayur salad, timun, tomato, jagung, dan ditambah dengan buah lemon, tembikai atau apa sahaja mengikut citarasa anda.

Resepi Sayur 2: Sandwich Telur

Selain salad, anda juga boleh cuba makan sandwic telur, tidak kira sewaktu sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam kerana ia kaya dengan nutrisi. Bahan yang diperlukan juga mudah iaitu hanya roti, telur dan ditambah dengan variasi sayur-sayuran dan buah-buahan serta sos atau krim mengikut citarasa anda.

 

Memilih Air yang Bersih untuk Menu Eat Clean 30 Hari Anda!

Tahukah anda bahawa pemilihan air yang berkualiti ketika memasak dan menyediakan makanan juga penting untuk memastikan tubuh badan anda sentiasa sihat dan cergas?

Cara terbaik adalah dengan menggunakan penapis air alkali semasa penyediaan dan memasak makanan. Air alkali mempunyai kadar pH yang lebih tinggi daripada air paip biasa dan boleh membantu menurunkan keasidan sesetengah makanan.

Secara umum, kadar pH air alkali adalah sekitar 8 hingga 9, sementara air paip biasa berada pada kadar pH sekitar 7.0 dan ke bawah. Air alkali juga dapat membantu sistem penghadaman, melambatkan proses penuaan, dan menjaga kesihatan tulang serta penghidratan anda.

 

Sumber: Hello Doktor

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment