5 Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha adalah solat yang dilaksanakan selepas matahari terbit pada waktu pagi, sekitar pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum tiba waktu Zuhur. Solat ini mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh mendatangkan manfaat besar kepada pelakunya. Berikut adalah beberapa kelebihan solat sunat Dhuha yang patut anda ketahui.

Baca Juga : 10 Manfaat Air Mawar yang Tidak Diketahui Ramai!

5 Kelebihan Solat Sunat Dhuha

solat sunat dhuha

1. Disukai Allah S.W.T

Allah sangat menyukai hamba-Nya yang mengerjakan solat Dhuha, walaupun hanya dua rakaat, tetapi ia adalah ibadah yang membuatkan pelakunya sentiasa disayangi oleh Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Amalan yang paling disukai oleh Allah S.W.T adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.”
(Hadis Riwayat Muslim)

2. Diampunkan Kesalahan dan Dosa

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Barangsiapa yang menjaga solat Dhuha-nya, nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Ini bermakna, dosa besar juga dapat diampunkan asbab mendirikan solat Dhuha, selain dapat menutup dosa-dosa kecil serta dosa terdahulu.

3. Dicukupkan Rezeki Setiap Hari

Nu‘aim bin Hammar berkata bahwa dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.’”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Rezeki akan sentiasa dicukupkan oleh Allah pada hari itu dan seterusnya, termasuk rezeki yang tidak disangka-sangka bukan sahaja dalam bentuk material tetapi juga kesihatan, keluarga yang bahagia, dan ketenangan jiwa.

4. Masuk Syurga Melalui Pintu Istimewa

Golongan yang mengamalkan solat sunat Dhuha akan dapat masuk syurga melalui pintu khas yang dinamakan pintu Dhuha. Ini menunjukkan keistimewaan unik yang diberikan kepada golongan ini. Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila kiamat telah tiba, akan ada suara yang berseru: ‘Dimanakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian, masuklah dengan rahmat Allah S.W.T.’”
(Hadis Riwayat at-Thabrani)

5. Doa Mudah Dimakbulkan

Doa golongan yang mendirikan solat Dhuha lebih mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Sebab itu, berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah agar mengurniakan apa-apa yang diinginkan.

Kesimpulan

Amalan solat sunat Dhuha bukan sahaja memberikan kita ketenangan jiwa dan keberkatan rezeki, tetapi juga mendapat kasih sayang dan keampunan Allah. Dengan kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan, ia menjadi satu amalan yang sangat dianjurkan dalam kehidupan seharian seorang Muslim.

Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk artikel-artikel berkaitan solat dan kelebihan amalan lainnya di Mufti Wilayah Persekutuan dan Pusat Islam Malaysia.

Artikel ini membawa kita mengenali lebih dalam tentang kelebihan dan manfaat solat sunat Dhuha dan betapa besar rahmat Allah kepada mereka yang mengamalkannya.

Baca Juga : 10 Alat Perkakas Yang Wajib Anda Elak Untuk Jimat Bil Elektrik!

Leave a Comment