Selami Keunikan 10 Makanan Tradisional India Terkenal Di Malaysia Yang Wajib Cuba!

Berkenalan dengan 10 makanan tradisional India terkenal di Malaysia dan wajib dicuba. Temui keenakan dan keaslian hidangan-hidangan ini yang pasti memikat selera anda!

10 Makanan Tradisional India

Selami Keunikan 10 Makanan Tradisional India Terkenal Di Malaysia Yang Wajib Cuba!

 

Malaysia terkenal dengan kekayaan budaya dan makanannya, termasuk juga dengan makanan tradisional India yang telah menjadi sebahagian penting dalam landskap kulinari negara ini.

Makanan-makanan tradisional India ini bukan sahaja menambah variasi dalam hidangan di Malaysia, tetapi juga mencerminkan kekayaan budaya dan warisan yang beraneka dalam kalangan masyarakatnya.

10 Makanan Tradisional India Terkenal Di Malaysia

  • Ayam Varuval

Ayam Varuval adalah salah satu hidangan yang sangat terkenal dari India Selatan. Resipi varuval biasanya menggunakan ayam sebagai bahan utama, bersama dengan ramuan lain seperti serbuk ketumbar, cili kering, bawang, dan pelbagai rempah ratus.

Keistimewaan Ayam Varuval adalah cara masakannya yang kering dan tidak menggunakan santan. Hidangan ini sering kali menjadi pilihan kerana rasanya yang kaya dan aromanya yang memikat.

 

  • Panipuri

Panipuri adalah sejenis hidangan bulat yang berasal dari India. Salah satu keistimewaan panipuri adalah kulitnya yang perlu dipecahkan sedikit untuk dimasukkan inti ke dalamnya.

Kulit panipuri diperbuat daripada gabungan tepung semolina dan tepung gandum. Intinya pula terdiri daripada campuran kentang, kacang kuda, dan daun ketumbar.

Setelah diisi, panipuri disajikan dengan kuah istimewa yang diperbuat daripada daun pudina dan air asam jawa. Hidangan ini sangat menarik untuk dicuba kerana ia menawarkan gabungan rasa yang seimbang dan unik. Rasanya yang rangup, masam, masin, dan pedas pasti membuatkan anda tidak cukup hanya dengan satu!

 

  • Idli

Idli adalah hidangan sarapan yang popular dalam kalangan masyarakat India. Hidangan ini diperbuat daripada nasi putih dan lentil hitam, yang dikenali sebagai urad dal.

Campuran nasi putih dan lentil hitam ini ditapai untuk menghasilkan adunan yang lembut dan gebu. Selepas proses penapaian, adunan tersebut akan dikukus hingga masak.

Idli biasanya disajikan bersama kari, terutama kari kelapa atau sambar, serta chutney seperti chutney kelapa atau pudina. Ia sering dinikmati kerana teksturnya yang ringan dan sihat, sekaligus kaya dengan nutrien daripada lentil dan nasi.

Secara keseluruhan, idli merupakan pilihan sarapan yang seimbang, memberi tenaga dan sesuai untuk memulakan hari dengan penuh keceriaan.

 

  • Laddu

Laddu adalah sejenis manisan dari India yang sangat terkenal dan berbentuk bola. Ia diperbuat daripada campuran tepung, gula, dan minyak sapi.

Secara tradisinya, laddu disajikan semasa perayaan atau majlis keagamaan. Laddu sering kali menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang manis dan teksturnya yang unik.

Tidak kira sama ada dihidangkan semasa perayaan Diwali, majlis perkahwinan, atau upacara keagamaan, laddu tetap menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menikmati manisan tradisional India.

 

  • Uthappam

Uthappam merupakan sejenis makanan tradisional India yang berbentuk seperti pancake. Ia hampir sama seperti tosai kerana diperbuat daripada adunan beras.

Namun begitu, rasa uthappam lebih unik dengan adanya taburan daun bawang, capsicum, bawang, dan tomato. Dari segi tekstur, uthappam lebih tebal berbanding tosai, menjadikannya lebih kenyang dan mengenyangkan. Uthappam biasanya dihidangkan pada waktu pagi dan sering dinikmati bersama chutney atau sambar.

Menariknya, pada 4 Februari 2024, uthappam telah diwartakan sebagai warisan negara, memberikan penghormatan terhadap kepelbagaian dan keunikan kulinari India. Makanan ini tidak hanya enak tetapi juga penting dalam memelihara budaya dan warisan disamping memuaskan citarasa.

 

  • Nasi Daun Pisang

Nasi daun pisang adalah hidangan yang sangat sinonim dengan masyarakat India di Malaysia. Asal usul hidangan ini dikaitkan dengan India Selatan, di mana ia mula diperkenalkan ke Tanah Melayu ketika penduduk India berhijrah semasa era penjajahan British.

Sesuai dengan namanya, nasi ini dihidangkan di atas daun pisang, menambah aroma dan keunikan rasa. Hidangan ini disertai dengan pelbagai jenis lauk India yang lazat dan beraneka, termasuk varuval (sejenis masakan daging pedas), sayur kubis lembut, dan kuah dhal berempah. Semua elemen ini menjadikannya bukan sahaja satu pengalaman makan yang memuaskan tetapi juga satu cara untuk merasai budaya masakan tradisional India yang kaya dan penuh rasa.

 

  • Putu Mayam

Putu mayam merupakan sejenis makanan tradisional India yang sangat popular di Malaysia.

Bahan utama untuk menghasilkan putu mayam adalah tepung beras yang dicampur dengan air atau santan. Doh kemudian akan ditekan melalui acuan khas untuk menghasilkan bentuk seperti mi.

Putu mayam biasanya dimakan dengan kelapa parut dan gula melaka. Ia sesuai dijadikan hidangan sarapan atau makanan ringan pada waktu petang.

 

  • Vadai
SONY DSC
Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Rakyat Malaysia sangat menggemari vadai sebagai kudapan pada waktu petang. Makanan tradisional India ini terdapat dalam dua jenis, iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai.

Paruppu vadai dihasilkan daripada kacang dhal, dengan tambahan hirisan cili hijau, daun kari, dan bawang merah. Rasa pedas dan aroma dari daun kari menjadikan paruppu vadai ini sangat menarik.

Sementara itu, ulunthu vadai pula diperbuat daripada urad dhal atau kacang ulunthu dan berbentuk seperti donat. Teksturnya yang lembut di dalam dan rangup di luar membuatkan ulunthu vadai ini digemari ramai.

Kedua-duanya enak dimakan panas-panas dan sering dihidangkan bersama chutney kelapa atau sos kari. Vadai bukan sahaja digemari oleh masyarakat India tetapi juga telah menjadi kegemaran semua kaum di Malaysia.

 

  • Rasam

Rasam merupakan hidangan sup yang berasal dari India Selatan. Ia dihasilkan menggunakan air asam jawa, tomato, cili, lada, dan pelbagai rempah ratus.

Hidangan ini dikatakan bagus untuk ‘mencuci perut’ serta sesuai diberikan kepada orang yang demam atau hilang selera makan. Rasam kaya dengan rempah ratus yang memberikan rasa pedas dan rasa yang unik. Selain itu, ia juga dipercayai mempunyai sifat-sifat perubatan yang membantu dalam meningkatkan sistem imun dan melegakan sesak nafas.

Rasam sering dimakan bersama nasi panas sebagai lauk atau diminum begitu sahaja sebagai sup. Dengan bahan-bahan semula jadi yang mudah didapati, rasam bukan sahaja sedap tetapi juga berkhasiat.

 

  • Teh Masala

Dikenali juga sebagai chai atau masala chai, teh masala adalah minuman popular dari India. Minuman ini dihasilkan dengan membancuh teh hitam dalam campuran susu dan air.

Apa yang membuatkan teh ini istimewa ialah rempah-rempah aromatik yang ditambah dalamnya, seperti kulit kayu manis, halia, jintan manis, cengkih, dan buah pelaga. Kombinasi rempah-rempah ini tidak hanya memberikan rasa yang unik, tetapi juga aroma yang memikat.

Teh masala bukan sahaja segar, malah ia juga dapat menghangatkan badan. Minuman ini sangat sesuai dinikmati pada bila-bila masa, terutamanya pada waktu pagi atau petang sebagai penyegar.

 

Baca info lain:

Leave a Comment