10 Kawasan Tanah Mendap di Kuala Lumpur yang Berisiko Tinggi – Lihat Jika Kawasan Anda Tersenarai!

Berwaspada dengan 10 Kawasan Tanah Mendap di Kuala Lumpur yang Berisiko Tinggi!

Semak segera jika kawasan anda tersenarai dan pastikan keselamatan anda. Ketahui lebih lanjut di sini!

10 Kawasan Tanah Mendap di Kuala Lumpur yang Berisiko Tinggi

10 Kawasan Tanah Mendap di Kuala Lumpur yang Berisiko Tinggi – Lihat Jika Kawasan Anda Tersenarai!

 

Rakyat Malaysia, terutama penduduk ibu kota Kuala Lumpur, mula meluahkan rasa bimbang susulan kejadian tanah jerlus atau tanah mendap di Jalan Masjid India yang berlaku pada 23 Ogos lalu. Dalam kejadian itu, seorang wanita warga India terjatuh ke dalam tanah yang tiba-tiba mendap sehingga dipercayai dihanyutkan arus bawah tanah. Malangnya, mangsa masih gagal ditemui sehingga kini.

 

Kajian Tanah Mendap di Kuala Lumpur dan Ampang Jaya

Berdasarkan kejadian tersebut, beberapa netizen berpendapat bahawa sesetengah kawasan di Kuala Lumpur tidak lagi selamat untuk didiami kerana risiko berlakunya kejadian yang sama pada masa depan. Tahukah anda, satu kajian khusus mengenai tanah jerlus dan kawasan-kawasan berisiko telah dilakukan di Malaysia?

Kajian ini dinamakan sebagai “Sinkhole Susceptibility Hazard Zones Using GIS and Analytical Hierarchical Process (AHP): A Case Study of Kuala Lumpur and Ampang Jaya” oleh Rosdi et al. (2017).

Lokasi dengan Kejadian Sinkhole Sebelum Ini:

Ampang
Pudu
Kepong
Kampung Baru

Lokasi dengan Risiko Rendah:

TTDI
Bukit Jalil
Sungai Besi

Lokasi dengan Risiko Tinggi:

Pudu
Cheras
KLCC

Lokasi dengan Risiko Sangat Tinggi:

Kepong
Kampung Baru
Ampang
Pandan Jaya

Faktor-Faktor Penyumbang dan Langkah Proaktif

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi terhadap pembentukan sinkhole kerana ia boleh memberi implikasi serius terhadap pembangunan infrastruktur dan keselamatan awam. Dengan menggabungkan teknologi GIS dan AHP, kajian ini menghasilkan peta risiko yang boleh membantu dalam perancangan bandar dan mitigasi bencana.

Beberapa faktor penting dalam perkembangan sinkhole termasuk jenis batuan, penggunaan tanah, dan kedalaman air bawah tanah, yang menjadi parameter utama yang digunakan dalam kajian ini. Harus diingat, penemuan kajian ini lebih kepada usaha proaktif untuk meningkatkan keselamatan dan kesedaran, bukannya untuk mencetuskan ketakutan.

Dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko tinggi terhadap kejadian sinkhole, pihak berkuasa dan masyarakat boleh mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk mengurangkan risiko serta melindungi keselamatan awam dan infrastruktur.

 

Sumber: mstar

Baca Info Lain:

Leave a Comment