Waktu Solat Perak-WAKTU SOLAT JAKIM

Waktu Solat Perak

Sejarah Negeri Perak

Terdapat banyak pendapat tentang bagaimana Perak mendapat namanya. Ada yang mengatakan nama itu diambil sempena Bendahara Tun Perak dari Melaka manakala ada pula yang mengatakan ia diambil daripada “kilat ikan di dalam air” yang bersinar seperti perak. Oleh itu, asal usul nama itu menggambarkan kekayaan khazanah yang terdapat di tanahnya.

Perak telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya sumber bukti kewujudannya sejak Zaman Palaeolitik di Tanah Melayu. Bermula dari 400,000 hingga 8,000 tahun SM, Perak telah melalui beberapa siri evolusi. Penemuan alatan yang diperbuat daripada batu dan fosil manusia yang dikenali sebagai “Manusia Perak” adalah bukti kewujudan zaman batu di Perak.

Titik sejarah sebenar bagi Perak bermula dengan pertabalan Sultan Muzaffar Syah I daripada keturunan Sultan Mahmud Syah di Melaka pada tahun 1528. Walaupun kesultanan Perak telah muncul sebagai sebuah entiti yang kuat, kerajaan tempatan yang lain pada masa itu tetap kukuh. Kaedah pentadbiran yang dipilih adalah keturunan sistem feudal Melaka yang demokrasi.

Perak umumnya lebih terkenal berikutan penemuan bijih timah di Larut pada tahun 1848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan penemuan itu, Perak pesat membangun dan lebih banyak lombong dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan penting di Perak dan telah ditanam pada zaman pemerintahan 34 orang Sultan. Disebabkan perkembangan ini, masyarakat berbilang kaum telah terbentuk di Perak, terutamanya kaum Cina yang telah berpusu-pusu ke lombong untuk bekerja.

Kemerdekaan Tanah Melayu bermakna kebebasan negeri-negeri bersekutu dan Perak adalah salah satu negeri. Pembangunan pesat dalam semua sektor terus berkembang sehingga hari ini selepas 34 generasi Sultan memerintah negeri ini.

Masjid-Masjid Di Negeri Perak

1.Masjid Sultan Idris Shah II

 

Masjid Sultan Idris Shah II ialah sebuah Masjid Negeri yang terletak di bandar Ipoh , Perak , Malaysia .Masjid ini terletak berhampiran Stesen Kereta Api Ipoh , Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Mahkamah Syariah serta Mahkamah Tinggi Ipoh dan stesen bas Ipoh.

Masjid Sultan Idris Shah II telah dirasmikan pada 15 September 1978 oleh Sultan Idris Iskandar Shah II (1963-1984), Sultan ke-54, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-54. Ia terletak di sebidang tanah seluas kira-kira 2.6 hektar di tengah-tengah bandar Ipoh. Kerja-kerja pembinaan masjid itu bermula pada 16 Mei 1966, dan batu asas telah diletakkan pada 27 Oktober 1967 oleh (Allahyarham) Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Pembinaan masjid ini telah lengkap pada tanggal 26 Ogos 1968.

Idea pembinaan masjid ini tercetus daripada (Allahyarham) Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Abdul Wahab pada tahun 1951. Beliau yang ketika itu Menteri Besar sedar bahawa masjid-masjid yang ada di lpoh tidak mencukupi untuk menampung semua jemaah. yang melakukan ibadah pada satu masa seperti hari kebesaran Islam dan ibadah solat Jumaat.

2.Masjid Ubudiah

Terletak di atas Bukit Chandan di Kuala Kangsar, Masjid Ubudiah dikatakan sebagai salah satu masjid tercantik di negara ini. Masjid Diraja Ubudiah sebenarnya telah dijadikan sebagaiMasjid Negeri sebelum pembinaan Masjid Sultan Idris Shah II. Masjid itu kini ditadbir oleh Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Ubudiah. Makam diraja terletak di sebelah masjid.

Masjid diraja Perak ini amat terkenal oleh seni binanya yang megah dan menawan. Dianggap sebagai salah satu masjid tercantik di Malaysia, masjid ini adalah satu lagi warisan seni bina oleh Kolonial British di Malaysia. Pembinaannya adalah dibawah titah perintah bekas Sultan Perak,iaitu Sultan Idris Mursyidul Azam Shah. Baginda turut meletakkan batu asas untuk masjid ini pada 1913.

Yang menariknya, pembinaan masjid ini pernah tertangguh kerana kemusnahan bahan jubin marmar yang disebabkan  gajah diraja. Selain itu, penggantian bahan itu dihentikan disebabkan Perang Dunia I yang sedang berlaku di Itali. Walaubagaimanapun, masjid Ubudiah ini akhirnya siap dibina pada tahun 1917. Ia dirasmikan oleh pengganti Sultan Idris, iaitu Sultan Abdul Jalil Nasarudin Shah.

Leave a Comment