5 Tips Juruterbang untuk mendapatkan tiket penerbangan murah

Isi Kandungan 5 Tips Juruterbang untuk mendapatkan tiket penerbangan murah 5 Tips Dapat Tiket Penerbangan Murah 1. Travel bukan masa cuti am dan sekolah 2. Travel di hari minggu 3. Beli tiket awal tapi jangan …

Tips Juruterbang untuk mendapatkan tiket penerbangan murah

Rahsia tersembunyi Juruterbang terdedah!

Ikuti 5 tips Juruterbang untuk mendapatkan tiket penerbangan murah dan terbang dengan lebih hemat!

Tips Juruterbang untuk mendapatkan tiket penerbangan murah

5 Tips Juruterbang untuk mendapatkan tiket penerbangan murah

 

Memastikan bajet yang mencukupi adalah langkah utama sebelum merancang perjalanan. Bajet ini harus merangkumi segala kos termasuk tiket penerbangan, penginapan, makanan, pengangkutan, serta aktiviti tambahan yang diinginkan.

Kadangkala, kita mungkin dikejutkan dengan harga tiket penerbangan yang sangat tinggi, terutama semasa musim percutian. Namun, terdapat beberapa cara untuk mendapatkan tiket pada harga yang lebih murah.

Di Facebook, seorang juruterbang bernama Gazze Azrizal telah berkongsi beberapa petua untuk para penggemar pengembaraan. Dengan mengikuti nasihat daripada seorang pakar dalam bidang penerbangan ini, anda dapat menyimpan sedikit wang untuk tiket penerbangan.

 

5 Tips Dapat Tiket Penerbangan Murah

1. Travel bukan masa cuti am dan sekolah

Pastikan anda tidak mengambil cuti pada hari kelepasan umum atau semasa musim cuti sekolah. Sekiranya anda merancang untuk melancong ke luar negara, adalah sangat penting untuk memeriksa dan mengambil kira perayaan-perayaan yang mungkin berlangsung pada masa tersebut, seperti Easter Break, Christmas, dan sebagainya.

 

2. Travel di hari minggu

Elakkan perjalanan pada hujang minggu memandangkan umumnya orang ramai cenderung untuk mulakan cuti mereka pada Sabtu dan Ahad. Adalah lebih bijak jika anda mencari tiket penerbangan pada hari-hari seperti Selasa, Rabu, dan Khamis. Ini kerana statistik menunjukkan bahawa harga tiket seringkali lebih rendah dan pilihan penerbangan lebih banyak pada hari-hari tengah minggu.

 

3. Beli tiket awal tapi jangan terlalu awal

Untuk elak harga tiket naik, beli lah awal. Jangan tunggu minggu terakhir sebelum terbang, nanti harga memang sky-high!

Menurut Abby Hassan, best practice adalah beli tiket 21 hari sebelum kita nak terbang. Dia cakap, syarikat penerbangan ada sistem jualan mereka. Dalam sistem tu, ada tiket murah-murah.

Satu lagi tip, cuba beli tiket pada hari Selasa dan Rabu. Sebab, syarikat penerbangan selalu update sistem dengan penerbangan baru pada hari-hari tu.

Tambah lagi, check macam-macam sumber untuk harga tiket. Pakai website syarikat, website perbandingan harga, dan aktifkan notifikasi promosi. Kalau boleh, elak musim peak dan hari cuti, lagi senang dapat harga best.

 

4. Travel transit

Sebagai juruterbang profesional, Gazze Azri ada tip berguna untuk mereka yang suka melancong. Beliau cadangkan untuk beli tiket penerbangan yang ada transit jika nak jimat duit.

Contohnya, kalau nak pergi Auckland, lebih baik beli tiket yang transit di Perth. Jika destinasi kamu adalah Sydney, cuba transit di Bali dulu. Ini boleh membantu korang jimat wang.

Tapi, Gazze Azri ingatkan supaya pilih jumlah transit yang sesuai. Jangan banyak-banyak sampai 3 atau 4 kali, nanti penat. Jadi, penting untuk pertimbangkan jadwal penerbangan, lama masa transit, dan berapa banyak yang boleh dijimat sebelum memutuskan.

 

5. Jadi airlines member program

Biasanya, syarikat-syarikat penerbangan menawarkan promosi khas bagi penumpang setia mereka. Selain daripada penawaran harga tiket yang menarik, pelbagai kemudahan tambahan turut ditawarkan seperti akses ke lounge, kapasiti bagasi yang lebih besar, bantuan ketika tiba, dan banyak lagi.

 

Abby Hassan, seorang yang suka melancong, memberi saran untuk kita bersihkan cache pencarian dalam internet. Ini kerana sistem boleh jejak pencarian kita sebelum ini melalui cookies, dan ini membuat harga tiket kekal mahal atau naik. Untuk mengelakkannya, lebih baik gunakan mod penyemak imbas incognito!

Jangan lupa juga untuk bandingkan harga tiket dengan aplikasi dari pihak ketiga. Jangan hanya tengok satu laman web saja, sebab ada kemungkinan kita boleh jumpa tawaran dari syarikat penerbangan lain yang jauh lebih murah. Untuk bantu carian, boleh guna laman web ini:

Dengan cara ini, kita boleh jimat duit. Gunakan duit yang jimat itu untuk perbelanjaan lain semasa bercuti. Selamat berjalan!

 

Kredit: Facebook Gazze Azri | Abby Hassan’s Kashmir Trip | twt directlending

Sumber: ohmedia

BACAAN LAIN:

Leave a Comment