Terkini: Pengeluaran Melalui Akaun 3 KWSP DiBenarkan!

Akaun 3 KWSP atau lebih mesra digelar sebagai akaun fleksibel bakal dilaksanakan bermula tahun hadapan, tahun 2024. Pastinya pengeluaran kwsp ini amat ditunggu-tunggu oleh majoriti rakyat Malaysia. Pengeluaran KWSP ini diharapkan dapat membantu meringankan lagi beban mereka.

Dalam artikel ini, kami kongsikan maklumat dan perincian mengenai bantuan ini.

Maklumat Umum KWSP

Buat masa ini, sepertimana yang semua maklum, caruman sebanyak 70% dana dimasukkan ke dalam Akaun 1 manakala baki 30% lagi akan dimasukkan ke dalam Akaun 2 KWSP.

Untuk maklumat anda, semua rakyat Malaysia yang berumur seawal 14 tahun adalah layak dan dibolehkan untuk membuka akaun KWSP.

Tarikh Pelaksanaan Akaun 3 KWSP

‘Akaun Fleksibel’ ataupun Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan bakal dapat dimulakan seawal bulan April 2024 dan maklumat/perincian mengenainya bakal diperjelaskan lagi kepada pencarum setelah pihak KWSP membuat pengumuman mengenai agihan dividen pada Februari 2024 kelak.

Yang pasti, Akaun 3 itu hanya bakal boleh dikeluarkan untuk/ pada waktu kecemasan sahaja, dimana ia diwakili dengan peratusan tertentu. Penelitian sedang dijalankan lagi, mengenai akaun ini agar tidak terlampau menjejaskan pendapatan pencarum nanti.

Oleh itu, kesimpulannya. mekanisme pelaksanaan cadangan ini masih dalam penelitian dan dijangka bakal diumumkan pada Februari 2024 kelak.

AKAUN 3 KWSP

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Syarat Permohonan Akaun 3 KWSP

Seperti yang dijelaskan di atas, setakat ini, segala perincian (termasuk mengenai syarat permohonan) mengenai akaun 3 kwsp ataupun akaun fleksibel bakal dijelaskan kepada semua pencarum selepas pihak KWSP membuat pengumuman dividen pada bulan februari tahun hadapan.

Akaun 3 ini pastinya nanti akan mewakili peratusan tertentu dan hanya boleh dibuat pengeluaran pada waktu kecemasan sahaja.

Motif Pelaksanaan Akaun 3 KWSP

Langkah ini adaalah merupakan salah satu keputusan kerajaan sebagai reaksi setelah mendengar keluhan rakyat dimana terdapat banyak cadangan/desakan agar dilaksanakan sekali lagi pengeluaran khas seperti yang telah ditawarkan ketika pandemik COVID-19  yang melanda dunia dahulu.

AKAUN 3 KWSP

Akaun Fleksibel Belanjawan 2024

Pada Belanjawan 2024 tempohari, ada dibentangkan menegenai pihak KWSP yang akan membuka satu lagi akaun bagi pencarum KWSP yang dikenali sebagai Akaun Fleksibel.

Untuk membantu semua pencarum, akaun ahli kwsp bakal distruktur semula untuk tujuan memperkasakan lagi atau memaksima lagi simpanan persaraan demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan hari tua.

Maklumat Lanjut Mengenai Akaun 3 KWSP

Untuk mengetahui info/maklumat terkini mengenai Akaun 3 ini, anda dialu-alukan untuk mendapatkan maklumat tepat dan sahih menerusi saluran rasmi KWSP di:

Leave a Comment