TERKINI: Pakej 5G RAHMAH Bermula 31 0gos 2023 ! (Bantuan Data Internet 60GB & Telefon Pintar Serendah RM240)

Pakej 5G RAHMAH merupakan satu pakej telefon pintar 5G yang disertakan pelan data, iaitu telefon pintar ini boleh diperolehi dengan harga serendah RM240 dan pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.

Para pengguna boleh memilih samada untuk memiliki telefon pintar model Samsung A14 ataupun Honor Lite 90 dengan harga seperti disebut. Namun hanya untuk 100,000 pembeli yang terawal, mereka layak membeli telefon pintar itu dengan harga RM120 sahaja.

Pakej 5G RAHMAH

Dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Sempena Bulan Kebangsaan negara Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) iaitu bersama dengan keriasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bersama juga dengan syarikat penedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) beserta dua (2) syarikat pengeluar peranti iaitu Honor Malaysia dan Samsung Malaysia dikatakan akan menawarkan Pakej 5G RAHMAH dan juga Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam. Kedua-dua pakej ini merupakan pakej perkhidmatan Internet yang jauh lebih murah berbanding pakej yang sedia ada di pasaran sekarang.

Apakah Pakej 5G Rahmah?

Pakej 5G RAHMAH ialah satu pakej telefon pintar 5G pelan data yang menawarkan telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G berharga serendah RM240 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan. Pakej ini terbuka dan ditawarkan untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Untuk golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan yang terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120 sahaja!. Pakej tersebut akan mula berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Selain itu, pakej ini juga turut menawarkan tempoh jaminan/waranti selama 2 tahun berbanding hanya 1 tahun.

Sebagai satu penghargaan bagi golongan penjawat awam Malaysia, Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam turut ditawarkan dengan pemberian rebat sebanyak RM10 untuk setiap bulan yang layak dinikmati oleh semua penjawat awam di negara ini. lanya sah dan terpakai bagi mana-mana pakej postpaid sedia ada. Ia bermakna, penjawat awam bakal mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setiap tahun. Pakej ini juga bakal berkuatkuasa pada Tarikh 31 Ogos 2023 ini.

Kerajaan Perpaduan amat serius dalam usaha-usaha untuk merapatkan jurang digital serta juga untuk memastikan rakyat mendapat internet berkualiti dengan harga berpatutan. Ia juga selari dengan visi dan misi Ekonomi MADANI yang fokusdalam penyediaan inisiatif-inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat, terutama dalam bidang ekonomi.

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Siapa Golongan yang Layak untuk Terima Pakej 5G RAHMAH Ini?

Semua pelanggan aktif Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile (samada pascabayar atau prabayar) layak menikmati tawaran ini daripada pembekal perkhidmatan tersebut. Terkecuali bagi mereka yang melanggan pelan perkhidmatan jalur lebar kediaman tanpa wayar (home wireless), pelan data tanpa had, dan gentian optik

Bagaimana Proses Pendaftaran Pakej 5G RAHMAH?

Buat masa ini, tiada lagi maklumat khusus berkenaan cara pembelian atau pendaftaran Pakej 5G RAHMAH. Walaupun begitu, sebarang maklumat berkenaan pakej ini nanti akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta juga pihak telco yang terlibat dari semasa ke semasa.

Bila Pakej 5g RAHMAH Ini Berada Di Pasaran?

Pakej ini bakal berada di pasaran bermula pada tarikh 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

 Syarikat Telco Yang Terlibat Dalam Pakej 5G RAHMAH?

Anda boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut. Berikut adalah antara syarikat-syarikat telco pembekal perkhidmatan yang dikatakan dalam Pakej 5G RAHMAH;

  • CelcomDigi Bhd
  • Maxis Bhd
  • Telekom Malaysia Bhd
  • U Mobile Sdn Bhd
  • YTL Communications Sdn Bhd

Jenis telefon pintar boleh anda miliki dengan harga serendah RM240:

  1. Samsung (Samsung A14 5G)
  2. Honor (Honor Lite 90 5G)

Apakah Harga Yang Ditawarkan Untuk Golongan B40 Dalam Pakej Ini? 

Untuk golongan B40 pula, sejumlah 100,000 pelanggan yang terawal layak menikmati Pakej 5G RAHMAH pada harga telefon pintar serendah RM120!

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat lanjut berkaitan Pakej 5G RAHMAH ini, anda boleh rujuk;

Leave a Comment