TEKUN Niaga 2023 : Cara Memohon & Kelayakan

TEKUN Niaga merupakan satu berita yang amat menggembirakan bagi golongan peniaga serta usahawan! Menerusi skim ini, kerajaan telah memutuskan untuk menyediakan bantuan pembiayaan untuk usahawan yang melaksanakan perniagaan secara mikro.

Yang menariknya, jumlah bantuan pembiayaan yang disediakan menerusi skim ini ialah sehingga mencecah RM100,00.

Di dalam artikel ini, disertakan maklumat dan info berkenaan dengan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga, khusus pada kelayakan, cara memohon serta dokumen yang diperlukan.

Apa yang dimaksudkan dengan TEKUN Niaga?

  • Skim Pembiayaan Tekun Niaga merupakan suatu skim pembiayaan yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2023 yang dikelolakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), iaitu sebuah agensi kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) khusus untuk para usahawan bertujuan untuk membiayai keperluan perniagaan mereka.
  • Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini sebenarnya melibatkan dua kontrak jual beli berasingan. Jual beli yang pertama adalah apabila pihak TEKUN menjual komoditi kepada para pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui di peringkat awal iaitu jumlah pembiayaan akan ditambah sejumlah keuntungan yang bakal dibayar secara bertangguh. Jual beli kedua pula adalah apabila pelanggan (dilaksanakan oleh TEKUN sebagai wakil) membuat penjualan komoditi yang telah dibeli awal tadi kepada pihak ketiga secara tunai.

Bidang Perniagaan yang Terlibat

  • Peruncitan
  • Pertanian & perusahaan tani
  • Perkhidmatan
  • Kontraktor kecil
  • Pembuatan
  • Perniagaan online

TEKUN

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

Jumlah Pembiayaan Serta Tempoh Bayaran

PerkaraPenerangan
Jumlah Pinjaman:

Skim Pembiayaan Kecil (SPK)

Skim Pembiayaan Sederhana (SPS)

 

>RM10,000 – RM50,000 sahaja

>RM50,000 – RM100,000 sahaja

Tempoh Bayaran Balik:

Skim Pembiayaan Kecil (SPK)

Skim Pembiayaan Sederhana (SPS)

 

6 bulan – 60 bulan (5 tahun)

6 bulan – 120 bulan (10 tahun)

Sumbangan Tabung Pengurusan4% setahun
Simpanan wajib5% setahun

Syarat Kelayakan Asas

Berikut merupakan syarat-syarat asas untuk melayakkan seseorang individu untuk membuat permohonan bagi mendapatkan skim bantuan pembiayaan TEKUN niaga:

TEKUN

Cara Memohon

Anda boleh membuat permohonan hanya menerusi Pejabat Cawangan TEKUN (over counter) yang berhampiran dengan tempat/premis perniagaan anda atau tertakluk kepada perubahan yang diumumkan oleh pejabat TEKUN dari masa ke semasa.

*Untuk makluman, setakat hari ini, permohonan tidak ditawarkan untuk dibuat secara dalam talian

Untuk mengetahui lokasi senarai pejabat cawangan TEKUN di seluruh negara, anda boleh klik pada pautan berikut:

https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Dokumen Yang Diperlukan

TEKUN

Makumat Lanjut & Pertanyaan

Berikut ialah talian atau tempat yang boleh anda kunjungi sekiranya anda ingin mengetahui info lebih lanjut atau jika anda mempunyai sebarang kemusykilan:

  • Laman web rasmi TEKUN https://www.tekun.gov.my/
  • Talian TEKUN Nasional (HOTLINE) : 03-9059 8888
  • Pergi terus ke mana-mana pejabat cawangan TEKUN yang berdekatan dengan anda

Leave a Comment