Tarikh pembayaran untuk bantuan JKM pada bulan Mac 2024 akan dibayar terus ke akaun bank penerima yang merupakan penerima tetap bantuan bulanan JKM 2024. Jumlah keseluruhan bayaran bantuan pula akan diberikan mengikut jenis kategori bantuan yang diperolehi. Kesemua penerima JKM boleh menyemak status terkini Bantuan JKM untuk bulan Mac 2024 secara atas talian.
Bantuan JKM Untuk Bulan Mac 2024
Bantuan JKM kebiasaanya dibayar bermula pada 1 Mac 2024 hingga 15 Mac 2024 di mana bantuan tersebut akan masuk ke akaun penerima JKM yang layak.
Pihak JKM telah berjanji yang mereka akan memberikan maklumat terkini sekiranya ada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
Cara Semak Bantuan JKM 2024
Ikuti cara yang mudah untuk menyemak bantuan JKM 2024:
- Layari portal e-Maklum https://emaklum.anm.gov.my/
- Masukkan nombor mykad
- Masukkan nombor akaun bank
- Klik carian berdasarkan nombor akaun bank
- Pilih tarikh semakan
- Maklumat pembayaran kemudian ditunjukkan
Senarai Keseluruhan Bantuan JKM 2024
Terdapat 11 jenis bantuan yang diuruskan oleh JKM seperti berikut:
- Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Bantuan Warga Emas (BWE)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
- Bantuan OKU Tidak Bekerja (BKB)
Tujuan Utama Bantuan JKM Diberi
- Bantuan diberi untuk meringankan beban penerima
- Ia membantu penerima berdikari dari semasa ke semasa
- JKM berfungsi sebagai alat pemulihan supaya penerima boleh terus hidup bermasyarakat
- Alternatif sumber kewangan sementara untuk hidup sambil bangun dari kancah kemiskinan